Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerajaan pusat dirayu tak naikkan tol jambatan
Diterbitkan:  Apr 13, 2010 6:06 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

Kerajaan Pulau Pinang merayu kerajaan pusat supaya tidak menaikkan kadar tol Jambatan Pulau Pinang memandangkan syarikat konsesi telah memperolehi keuntungan daripada kutipan tol jambatan itu.

NONE Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata tindakan menaikkan kadar tol adalah tidak wajar dan hanya membebankan pengguna.

"Sejak tahun 1993 hingga tahun 2006, syarikat konsesi telah mengutip sebanyak RM1.7 bilion sedangkan kos penyelenggaraan jambatan itu hanya RM968 juta," katanya kepada pemberita di Georgetown, hari ini.

Penang Bridge Sdn Bhd adalah pemegang konsesi Jambatan Pulau Pinang dengan tempoh konsesi selama 25 tahun, berakhir pada 2018.

Sementara itu, pada sidang media yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif InvestPenang Datuk Lee Kah Choon mengumumkan pelantikan Loo Lee Lian, 49, sebagai pengurus besar Invest Penang berkuatkuasa Khamis ini.

Loo yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri pembuatan dilantik bagi menggantikan Wan Zailena Mohd Noordin yang ditukarkan ke Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS