Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hari ketiga: Program kempen di Hulu S'gor
Diterbitkan:  Apr 19, 2010 11:12 AM
Dikemaskini: 10:49 AM

Berikut adalah jadual kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini:

11.30 pagi: Calon Bebas VS Chandran mengadakan sidang akhbar di Kuala Kubu Baru. Beliau dijangka menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

11.50 pagi: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Akin buat laporan mengenai salahlaku pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), termasuk mengenai kain rentang yang didakwa berunsur fitnah serta gambar yang diubahsuai menunjukkan Datuk Zaid Ibrahim minum alkohol.

1.15 thr: Calon Bebas VS Chandran memproses dokumen untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

2.00 thr: Timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan pengguna, Datuk Tan Lion Hoe menghadiri majlis memberi bantuan kepada masyarakat Orang Asli di Desa Anggerik, Serendah.

5 petang: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Datuk Zaid Ibrahim hadiri jamuan teh dengan pemimpin wanita di pusat operasi di Kuala Kubu Baru.

6 ptg: Sidang akhbar calon Bebas, Johan Mohd Diah sempena pembukaan bilik gerakannya bertempat di no 338, Jalan Puteri, Felda Sg Tengi.

8.00mlm: Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, bersama pemimpin utama Pakatan Rakyat dijadual berceramah di Kampung Dato' Harun, Serendah  sebelum ke Kampung Melayu Rasa (10 malam) and Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru (11 malam).

9.00mlm: Bekas bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat, yang keluar parti dan menyertai Umno pagi ini, akan berceramah bersama bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Shafie Apdal di Bandar Sungai Buaya.

10.00mlm:

TV3 menyiarkan wawancara dengan Calon BN, P Kamalanathan.

 

 

ADS