Mahathir lancar buku terbaru Dr Asri

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melancarkan buku karya bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk "Mengemudi Bahtera Perubahan Minda - Edisi Baharu".

NONEBuku itu memuatkan kompilasi tulisan Dr Mohd Asi dalam kolum Pena Mufti yang diterbitkan pada setiap hari Ahad dalam Mingguan Malaysia sejak 11 Mac, 2007.

Berucap di majlis itu, di Putrajaya, Dr Mahathir berkata tulisan dan pendapat Dr Mohd Asri walaupun tidak semua beliau persetujui, ia boleh membantu membuka minda pemikiran.

"Saya juga dinasihat oleh rakan-rakan untuk tidak terlibat dengan orang ini (Dr Mohd Asri) tetapi saya seorang yang suka membaca, tidak mengapa, saya hadir untuk melancarkan buku beliau," kata Presiden Yayasan Kepimpinan Perdana itu.

Sementara itu, Dr Mohd Asri mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir kerana sudi hadir dan melancarkan buku itu.

"Ramai orang menNONEgagumi Dr Mahathir sebagai tokoh politik tetapi saya mengagumi Dr Mahathir sebagai tokoh pemikir. Melihat beliau dari dimensi pemikir akan menghasilkan tafsiran yang lebih adil," katanya.

Buku edisi baharu itu adalah lanjutan daripada edisi pertama yang dikeluarkan pada penghujung tahun 2008, di mana telah habis dijual dalam tempoh tidak sampai setahun.

Diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, buku itu terdapat di semua kedai buku utama di seluruh negara dan pesanan juga boleh dibuat menerusi www.mybooks.com.my. Harga senaskhah ialah RM35 di Semenanjung dan RM38 di Sabah dan Sarawak.

Pelancaran buku itu dilakukan seiring dengan penganjuran majlis diskusi ilmiah berkisar tentang buku itu, yang dianjurkan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Yayasan Kepimpinan Perdana.

- Bernama
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.