Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hulu S'gor: Tentera, polis mula mengundi
Diterbitkan:  Apr 22, 2010 1:27 PM
Dikemaskini: 7:17 AM

Pengundian pos selama dua hari untuk pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor mula dijalankan hari ini di tiga tempat pengundian pos yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

NONE Pengarah SPR Selangor Dzulkifli Ab Rahman berkata anggota tentera mengundi di Kem Semboyan Kuala Kubu Baharu manakala anggota polis mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kubu Baharu dan Maktab Latihan Polis Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor.

Proses pengundian ialah dari 8 pagi hingga 5 petang ini.

"Proses pengundian berjalan lancar. Hanya pihak polis yang meminta supaya pengundian dijalankan selama dua hari, iaitu hari ini dan esok, bagi membolehkan anggotanya yang bertugas untuk mengundi," kata Dzulkifli.

Terdapat sejumlah 799 undi pos, dengan 170 daripadanya adalah anggota tentera manakala selebihnya merupakan anggota polis.

Dzulkifli berkata bahawa apabila selesai proses pengundian petang ini, karung undi pos itu akan dibawa ke pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan akan disimpan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, dan pada 25 April ini, ia akan dibawa dan dibuka untuk pengiraan di pusat penjumlahan undi.

Seramai NONE 799 penguni pos itu adalah sebahagian daripada 64,500 pengundi berdaftar di kawasan Parlimen ulu Selangor.

Bagi pengundi biasa, mereka akan mengundi Ahad ini dari 8 pagi hingga 5 petang di 48 pusat pengundian.

Pilihan raya kecil itu melibatkan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional P. Kamalanathan dan calon Parti Keadilan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim. Dua calon Bebas telah menarik diri.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, daripada PKR pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

- Bernama

 

   

ADS