Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dengan baki tiga hari lagi sebelum kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor berakhir, PKR merayu pengundi yang menyokong parti itu supaya pulang ke kampung halaman masing-masing pada Ahad ini untuk mengundi.

NONE Kain-kain rentang didirikan mengingatkan pengundi bahwa PKR akan tewas jika pengundi yang bekerja di luar Hulu Selangor, khususnya golongan muda tidak pulang.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda PKR, Lee Khai Loon ( bawah, kanan ), purata 10 peratus daripada  64,500 pengundi berdaftar di Hulu Selangor sekarang ini bekerja ataupun menghuni di tempat lain.

um pro-m talk 05022010 03 lee khai loon “Daripada sessi bermesra dengan penduduk tempatan, kita dapati daripada setiap 100 rumah yang dilawati, 10 keluarga mempunyai anak-anak yang bekerja ataupun menghuni di tempat lain,” katanya kepada pemberita di Kuala Kubu Bharu hari ini.

Justeru, katanya, PKR akan cuba merayu pengundi muda berkenaan supaya pulang melalui kempen di Facebook, laman mikro-blogging Twitter, mesej teks telefon dan video di internet.

“Kami juga menggesa rakan-rakan dan keluarga untuk memujuk mereka yang tinggal di luar Hulu Selangor untuk pulang Ahad ini. Gunakan pilihan raya kecil ini sebagai alasan untuk mengadakan perhimpunan keluarga,” katanya.

Pen NONE yelaras kempen DAP,  Lau Weng San berkata pihaknya akan juga mengiklankan mesej berkenaan di akhbar arus perdana hujung miinggu ini untuk tujuan berkenaan.

Beliau meramalkan separuh daripada pengundi muda dari Hulu Selangor bekerja di kawasan seperti Kuala Lumpur, Rawang, Selayang dan Tanjung Malim.

“Pengundi muda adalah penyokong kita, jadi kita tidak boleh kehilangan satu pun undi mereka,” katanya.

Undi Orang Asli

Selain undi golongan muda, parti-parti politik juga cuba meraih undi 721 orang Asli.

Bagaimanapun menurut PKR, BN menggunakan taktik kotor memperalatkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) untuk berkempen bagi pihak mereka.

NONE Mereka mendakwa kenderaan JHEOA digunakan bagi membawa barangan kepada orang asli dan logo jabatan itu dilekatkan logo BN.

Antara barangan yang diberikan termasuk biji benih, makanan, alkohol, menganjur konsert rock dan juga wang tunai.

Namun menurut penduduk Kampung Orang Asli Serendah, Masah Anak Tan, dia masih tidak terpengaruh kerana BN melayan mereka tanpa sebarang hormat.

“Mereka datang membawa manggis dan kelapa tetapi setelah mengambil gambar, manggis-manggis itu dipunggah semula ke kenderaan mereka,” katanya.

Masah ( kiri ) juga m NONE engadu mengenai pondok polis sementara yang didirikan di kampung mereka yang dikatakannya sesuatu yang tidak pernah dilakukan.

Bagi Ramli Lugan, seorang Asli yang juga penyokong PKR, kehadiran polis itu dilihatnya sebagai satu bentuk ugutan.

Penduduk juga mendakwa JHEOA menggesa mereka menghalau para penyokong PKR yang kini menetap dengan beberapa keluarga orang Asli.

Exco kerajaan negeri Selangor bagi hal ehwal orang Asli, Elizabeth Wong menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencengahan Rasuah dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk bertindak terhadap salah laku itu.

ADS