Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lebih 200 bantah kehadiran Blair
Diterbitkan:  Apr 24, 2010 11:31 AM
Dikemaskini: 3:08 PM

Lebih  200 orang yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat Iraq di negara ini berhimpun membantah kedatangan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair.

protest against blair in kuala lumpur Blair hadir di Malaysia sebagi penceramah jemputan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, anjuran sebuah syarikat yang beribu pejabat di Singapura, Success Resources Company.

Hadir sama pada perhimpunan tersebut ialah Presiden Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali dan NGO lain seperti Belia 4B Malaysia, Persekutuan Persatuan Kwong Siew Malaysia, Viva Palestina Malaysia dan Yayasan Perang Penjenayahan Kuala Lumpur.

Mereka membantah sekeras-kerasnya kehadiran Blair kerana peranan bekas perdana menteri Britain itu  dalam pendudukan tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat di Iraq pada 2003, yang mengakibatkan kematian lebih sejuta rakyat Iraq.

NONE Sebelum ini Ibrahim berjanji ribuan selipar akan "menyambut" Blair jika beliau menjejakkan kaki ke negara ini.

Bagaimanapun, kehadiran mereka dikawal ketat oleh lebih 50 anggota polis yang berkawal di sekitar pusat konvensyen berkenaan sejak awal pagi.

Blair dilaporkan masuk di pusat konvensyen berkenaan menerusi laluan lain.

Sementara itu Berita Harian Online melaporkan Ibrahim Ali kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan Blair berikutan kawalan keselamatan polis yang ketat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

Katanya, beliau hanya dapat menyerahkan memorandum kepada wakil Blair yang beliau sendiri tidak tahu namanya di pusat konvensyen berkenaan.

protest against blair in kuala lumpur 2 Kumpulan itu mula berkumpul pada pukul 9.30 pagi dengan memegang kain rentang dan poster memaparkan wajah Blair dengan tulisan " War Criminal, Tony Blair, No Entry " dan melaung kata-kata seperti: "Blair adalah seorang penjenayah perang dan "Dakwa Blair di Mahkamah Antarabangsa".

Setengah jam kemudian Ibrahim menyertai kumpulan itu dan mereka kemudian membaling selipar dan kasut pada kain rentang yang mempunyai wajah Blair dan memijak sebelum membakarnya.

Kumpulan berkenaan bersurai kira-kira 11.30 pagi tadi.

 

ADS