Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sibu: Robert Lau lawan Wong Ho Leng?
Diterbitkan:  Apr 26, 2010 12:56 PM
Dikemaskini: 10:48 AM

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, calon yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil parlimen Sibu, akan diumumkan esok.

bn supreme council mt meeting sapp sabah issue 190608 taib mahmud Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, nama calon itu akan diumumkan di Kuching sekembalinya beliau daripada menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya fikir ia bukan lagi rahsia siapakah calon BN untuk pilihan raya kecil

Sibu tetapi saya harus menunggu untuk mendapatkan kebenaran daripada Perdana

Menteri yang juga Pengerusi BN," katanya.

Semalam, menurut Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, parti itu sebulat suara memilih peguam Robert Lau Hui Yew sebagai calon BN.

Katanya, jawatankuasa kerja pusat SUPP  bersetuju Robert Lau Junior dipilih sebagai calon pada pilihan raya kecil Sibu kerana beliau merupakan calon terbaik.

Dr Chan, yang juga timbalan ketua menteri berkata sebagai pelan kontinjensi, parti itu juga mempunyai calon pilihan kedua "jika pucuk pimpinan BN berpendapat Hui Yew masih belum mempunyai merit untuk menjadi calon BN.

NONE Hui Yew, 45, atau lebih mesra dikenali sebagai Robert Lau Junior, merupakan sepupu kepada penyandang kerusi Sibu selama lima penggal, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Beliau diuar-uarkan dipilih sebagai calon BN berikutan penyertaan aktif beliau dalam parti dan perwatakannya yang mesra dan mudah didekati, khususnya dalam menyelesaikan masalah penjaja di bandar Sibu.

azlan Sementara itu, DAP, pula diramal meletakan ketuanya di Sarawak, Wong Ho Leng sebagai calon di Sibu.

Menurut sumber, Wong yang sebelum ini bertanding dua kali menentang Robert Lau tetapi tewas adalah pilihan parti itu yang akan diumumkan oleh setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng pada majlis makan malam esok.

Wong bukan muka baru dalam politik Sarawak dan adalah antara enam pemimpin DAP yang berjaya memenangi kerusi dewan undangan negeri pada pilihan raya negeri Sarawak 2006.

azlan Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya Robert Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lalu.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Dia mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 16 Mei.

Mengikut daftar yang lalu, Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 52,158 pemilih biasa dan 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis.

ADS