Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakatan: Kembalikan peranan asal Dewan Senat
Diterbitkan:  Apr 26, 2010 5:50 PM
Dikemaskini: 9:57 AM

Peranan asal Dewan Senat bagi membolehkan wakil-wakil negeri memperjuangkan kepentingan mereka supaya kuasa pusat dapat diimbangi perlu dikembalikan semula.

anti ppsmi english language for math and science ceramah 230209 syed hussein ali Sehubungan dengan itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Hussein Ali berkata dewan berkenaan perlu dianggotai sekurang-kurangnya oleh tiga ahli daripada setiap negeri.

“Pada asalnya, bilangan wakil yang dipilih dari negeri lebih ramai dari yang dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, iaitu dengan kadar 22:16.

“Akan tetapi sekarang ini, setelah beberapa pindaan, kadarnya ialah 26:44. Sehubungan ini sebagai permulaan, sesuai dengan kehendak Fasal 45(4a) Perlembagaan Malaysia, kami akan mengusulkan kelak supaya wakil dari tiap-tiap negeri ditambah dari 2 menjadi tiga, menjadikan jumlahanya 39,” katanya dalam satu kenyataan.

malaysia parliament parlimen building 050907 front Selain itu, katnya peranan ahli anggota Dewan Negara perlu diubah agar tidak lagi menjadi ‘cop mohor’ meluluskan apa yang diputuskan oleh Dewan Rakyat.

Syed Hussein berkata buat permulaan anggota senat Pakatan Rakyat akan mengambil langkah-langkah yang sesuai serta perlu agar Dewan Negara menjadi sebuah institusi yang berkesan dalam amalan demokrasi di Malaysia.

'Pilih ahli cemerlang'

“Kami akan mengambil bahagian dalam semua debat, sama ada mengenai dasar atau undang-undang baru, dengan aktif dan rasional. Untuk tujuan ini kami telah membahagi-bahagikan tugas supaya tiap-tiap senator Pakatan bertanggungjawab ke atas dasar-dasar dan kementerian tertentu,” katanya dalam satu kenyataan.

“Kami akan juga mengambil langkah-langkah yang sesuai dan perlu agar akhirnya majoriti ahli-ahli senat hendaklah dipilih oleh pengundi-pengundi dalam pilihanraya, dan bukan dipilih oleh Dewan Undangan atau dilantik oleh Agong, selaras dengan kuasa yang diberi oleh Fasal (4b) dalam Perlembagaan Malaysia”.

Syed Hussein juga berkata ahli-ahli senat yang dilantik oleh Agong atas nasihat Perdana Menteri juga mestilah terdiri daripada mereka yang “telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau mencapai keunggulan dalam pelbagai bidang.”

ADS