Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan Selangor akan menemui Ketua Polis Negeri, Datuk Khalid Abu Bakar  untuk mendapatkan penjelasan mengenai insiden seeorang remaja berusia 15 tahun - Aminulrasyid Amrah - ditembak mati oleh polis awal pagi semalam.

Menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau akan menjemput Khalid datang dalam tempoh dua minggu lagi untuk "meredakan apa-apa kebimbangan berhubung tindakan polis."

"Perkara paling baik ialah (sekiranya) CPO bersikap terbuka dan ikhlas berhubung kejadian ini. Apa yang terbaik bagi kami adalah untuk memahami insiden ini, dan pada masa sama, memastikan orang yang tidak bersalah dilindungi, dan kita juga mahu tahu perkara sebenar.  

"Kita boleh duduk berbincang dengan polis bagaimana tindakan ke atas rakyat boleh dibuat dengan satu cara yang boleh mengelakkan jenayah, tetapi tidak memangsakan orang yang tidak bersalah.

"Saya harap kita boleh wujudkan satu keseimbangan dan persefahaman," kata menteri besar itu selepas merasmikan Pusat Konvensyen Shah Alam pagi ini.

Khalid juga berkata beliau akan mengerahkan exco kebajikan dan wanitanya, Rodziah Ismail untuk memantau perkembangan isu ini.

"Pihak kita tidak mahu terlebih campur tangan sekarang kerana kita rasakan itu yang terbaik untuk keluarga dan rakan-rakan (mangsa) supaya ada ruang untuk bertenang.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri melalui Rodziah akan mengambil alih selepas ini," kata Khalid agi.

[Baca berita penuh]

ADS