• Palanivel dijangka dilantik senator
  • S Pathmawathy
  • 1272429530
  • Timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel dijangka dilantik sebagai senator minggu depan sebagai menghargai pengorbanannya tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

    NONEMenurut sumber, pengerusi BN Hulu Selangor itu juga akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.

    "Palanivel adalah pemimpin ulung...beliau adalah timbalan menteri, wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat dan juga ahli parlimen selama empat penggal,” kata seorang pemimpin MIC yang tidak mahu dikenali.

    Bagaimanapun, katanya oleh kerana Palanivel adalah bekas timbalan menteri, justeru adalah adil jika kali ini beliau diberikan jawatan menteri penuh.

    Palanivel pada asalnya adalah calon MIC untuk bertanding di kerusi Hulu Selangor. Namun akibat tentangan penyokong akar umbi BN, khususnya Umno, kerusi berkenaan diberikan kepada calon kompromi, P Kamalanathan, yang menang pada pilihan raya kecil Ahad lalu.

    [Baca berita penuh]
    • Palanivel akhirnya turun padang
    • Palanivel sokong Kamalanathan
    • Di mana Palanivel?
    • Khairy: Penduduk Hulu S'gor mahu calon muda
    • Cawangan MIC Hulu S'gor beri kata dua
    • Sokong Palanivel, MIC tolak calon 'pintu belakang'
    • MIC cadang Palanivel, Umno pilih Mugilan
    • PAS: Siasat Palanivel yang berkuasa lulus projek
    • MIC: Palanivel calon tunggal kami
    • Umno Hulu Bernam terima MIC tapi tolak Palanivel
    • Akar umbi: 'MIC ya, Palanivel tidak'