Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wisma Putra: Kawasan kaya minyak milik Brunei
Diterbitkan:  May 3, 2010 2:25 PM
Dikemaskini: 7:53 AM

Brunei mempunyai kedaulatan ke atas dua kawasan yang kaya dengan minyak mengikut peruntukan Konvensyen Undang-undang laut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982 dan kawasan berkenaan akan dibangunkan secara usahasama dengan Malaysia.

oil exploration in south east asia Sehubungan itu, menurut kenyataan media Kementerian Luar Negeri, hari ini, ‘penyerahan’ dua blok kawasan petroleum oleh Malaysia kepada Brunei menerusi “Pertukaran Surat” adalah selaras dengan undang-undang antarabangsa.

“Konsesi minyak blok L dan M Malaysia bertindan dengan blok J dan K Brunei yang diiktiraf menerusi ‘Pertukaran Surat’ sebagai kawasan maritim Brunei dan negara itu mempunyai hak atas kedaulatannya mengikut UNCLOS.

"Penamatan kontrak perkongsian pengeluaran membabitkan Blok L dan M, yang diberikan oleh Petronas kepada Petronas Carigali Sdn Bhd dan Murphy Oil pada 2003, adalah selaras dengan pewujudan CAA seperti yang ditetapkan dalam Pertukaran Surat," kata kenyataan itu.

Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei pada Mac tahun lalu itu juga dikatakan telah menyelesaikan isu-isu dua hala tertangguh antara kedua-dua negara melalui penyelesaian secara baik.

oil world market 141008 04 Menurut Wisma Putra lagi, ia juga membawa lembaran baru dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Satu daripada elemen penting dalam perjanjian yang ditandatangani oleh mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, pada 16 Mac, 2009, adalah memuktamadkan penyempadanan kawasan maritim antara Malaysia dan Brunei,” katanya.

Selain itu, perjanjian itu berjaya menyelesaikan pewujudan Kawasan Aturan Komersial (CAA) bagi minyak dan gas, memuktamadkan modaliti bagi pembatasan sempadan darat antara Malaysia dan Brunei, dan hak laluan maritim yang tidak boleh dicabuli bagi warganegara dan penduduk Malaysia menyeberangi zon maritim Brunei.

Kontroversi berhubung dua blok minyak itu timbul apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam blognya pada Khamis lalu, mempersoalkan kenapa Blok L dan M tidak lagi menjadi milik Malaysia dan mendakwa keadaan itu menyebabkan Malaysia kerugian kira-kira US$100 bilion (RM320 bilion).

limbang lawas sarawak town 270609 02 Dr Mahathir mendakwa penggantinya, Abdullah, telah menyerahkan kedua-dua blok itu sebagai pertukaran kepada Limbang.

Menurut kenyataan Wisma Putra, kandungan “Pertukaran Surat” itu mendapat kelulusan Kabinet, dan malah kerajaan negeri Sabah dan Sarawak juga dirundingi dan diberikan taklimat penuh mengenai perkara berkenaan.

“Pertukaran Surat” antara Malaysia dan Brunei itu juga dikatakan telah berjaya menyelesaikan isu-isu dua hala tertangguh antara kedua-dua negara melalui penyelesaian secara baik.

ADS