Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jabu: Henti spekulasi pengganti KM Sarawak
Diterbitkan:  May 4, 2010 4:20 PM
Dikemaskini: 9:35 AM

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu ( bawah, berbaju merah ) mahu spekulasi bahawa beliau kemungkinan besar akan menggantikan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dihentikan segera.

awang tengah hassan alfred jabu press conference 180306 "Buat masa ini, isu penggantian dan pengganti Ketua Menteri Sarawak tidak timbul dan tidak sepatutnya dijadikan spekulasi," katanya yang juga timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, dalam kenyataan di Kuching.

"Saya secara terbuka dan konsisten menyatakan bahawa saya mempunyai keyakinan penuh dalam kepimpinan Abdul Talib sebagai Ketua Menteri Sarawak dan menyokong penuh penerusan kepimpinan beliau sebagai ketua menteri," katanya sambil menegaskan beliau komited dalam memainkan peranan sebagai satu pasukan dalam PBB dan Barisan Nasional (BN).

taib and rahman yaakub hugging happy 110108 Semalam, bekas ketua menteri, Tun Abdul Rahman Yakub ( kanan, tanpa kaca mata ) menamakan Jabu kemungkinan besar akan menggantikan Abdul Taib ( kanan, berkaca mata ) berdasarkan kedudukan Jabu dalam parti dan beliau diterima baik oleh semua kaum di Sarawak.

Rahman, yang juga adalah ketua menteri Sarawak yang ketiga, dipetik sebagai berkata, bahawa walaupun beliau melihat Jabu sebagai pengganti paling sesuai, terpulang kepada PBB untuk membuat keputusan akhir mengenai isu pengganti jawatan itu.

 - Bernama

ADS