Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Selangor tak sokong bina loji janakuasa nuklear
Diterbitkan:  May 5, 2010 5:21 PM
Dikemaskini: 9:22 AM

Selangor tidak menyokong dan tidak akan membenarkan pembinaan loji janakuasa nuklear di negeri ini kerana berpendapat wujud sumber tenaga lain seperti tenaga solar yang boleh dibangunkan, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

NONE Beliau berkata, Selangor juga bersedia mengurangkan penggunaan tenaga daripada segi lampu dan mengkaji teknologi baru yang menggunakan tenaga paling minimum daripada bergantung kepada loji janakuasa nuklear seperti yang dicadangkan.

"Saya rasa kita tidak perlu membuat lanjutan usaha untuk mempertingkatkan pengeluaran tenaga melalui loji janakuasa nuklear ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Shah Alam, hari ini.

Isu pembinaan loji janakuasa nuklear ini serius dan perlu dibincangkan di Parlimen, kata Abdul Khalid, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, sebagai mengulas pengumuman kerajaan yang memberi lampu hijau kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk meneruskan rancangan bagi membina sebuah loji janakuasa nuklear negara pertama yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.

"Kita suda mempunyai satu loji janakuasa termahal yang dibina iaitu empangan Bakun... saya tidak melihat keperluan untuk membina loji janakuasa nuklear sebagai alternatif kepadanya," kata Menteri Besar Selangor itu.

- Bernama

ADS