Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis bertopeng lengkap bersenjata serbu Sultan
Diterbitkan:  May 7, 2010 7:43 PM
Dikemaskini: 12:12 PM

Tengku Muhammad Fakhry, putera ketiga Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra Tengku Yahya Petra hari ini mendedahkan rentetan kejadian yang berlaku pada 4 Mei, menyebabkan baginda kini 'ditahan' di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

tengku fakhry manohara odelia pinot 260609 Beliau menceritakan perkara itu dalam afidavit sepanjang 14 halaman, yang dikemukakan untuk menyokong permohonan habeas corpus berhubung insiden berkenaan berhubung dakwaan penahanan baginda.

Antara 30 hingga 40 orang anggota polis tindakan khas didakwa telah menahan kenderaan baginda daripada meninggalkan Istana Mahkota dalam kejadian tersebut.

Baginda pada ketika itu dalam perjalanan untuk menaiki penerbangan ke Singapura tetapi dilencongkan oleh anggota polis berkenaan ke HUSM, dalam kejadian pada lewat petang Selasa itu.

Tengku Muhammad Fakhry yang juga Tengku Temenggong Kelantan juga mendedahkan anggota polis elit berkenaan mengacukan senjata separa automatik mereka ke arah pemandu kereta berkenaan dan juga bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

azlan Dalam afidavit itu, Tengku Muhammad Fakhry berkata mereka diarahkan keluar daripada kenderaan tersebut. Katanya lagi, baginda sultan tidak bersetuju dengan arahan untuk dibawa ke HUSM.

Tengku Muhammad Fakhry juga menceritakan bagaimana kumpulan lelaki tersebut menolak bondanya keluar daripada lif di HUSM, serta turut dihalang lagi daripada memasuki bilik rawatan Tuanku Ismail Petra.

Keseluruhan afidavit ini boleh dibaca di pautan berikut .

ADS