Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali mencadangkan supaya kekebalan ahli parlimen dibatalkan ketika berucap di Dewan Rakyat supaya setiap wakil rakyat lebih bertanggungjawab dalam membuat sebarang tuduhan terhadap pihak lain.

ibrahim ali sues the sun 290410 02 Beliau yang juga pengerusi NGO Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membuat gesaan tersebut setelah dituduh oleh ahli parlimen pembangkang Saifuddin Nasution (Machang) sebagai memiliki saham dalam syarikat judi.

Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR dikatakan membuat dakwaan itu ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat akhir Mac lalu.

"Oleh kerana isu itu membabitkan maruah dan keaiban seseorang, sebab itu saya cadang di parlimen supaya buat reformasi, bahawa dalam parlimen tidak ada imuniti, sekurang-kurangnya sesama ahli parlimen.

"Tak boleh parlimen ini ada imuniti secara total... Parlimen perlu mengubah udang-undang di mana kekebalan (ahli) parlimen perlu dikaji balik.

"Boleh ada kekebalan, paling tidak, tidak ada imuniti sesama ahli parlimen. (Contohnya) orang tuduh saya, saya boleh saman (balik di mahkamah)," katanya dalam sidang media di ibu negara petang ini mengenai kongres ekonomi bumiputera dalam Model Ekonomi Baru (MEB) di PWTC pada 29 Mei ini.

Kongres tersebut akan dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu yang dipengerusi oleh Ibrahim.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ketiadaan imuniti itu adalah sebagai usaha untuk membolehkan mana-mana ahli parlimen agar lebih bertanggungjawab dengan dakwaan yang dilemparkan.

Sewaktu sidang parlimen sedang berlangsung, Ibrahim telah mencadangkan kepada Speaker Dewan ketika itu agar Saifuddin dihadapkan ke jawatankuasa hak dan kebebasan berhubung dakwaan tersebut.

Bagaimanapun cadangan Ibrahim itu itu tersebut ditolak sewaktu Ibrahim bertemu dengan Speakar dewan di kamarnya

"Oleh kerana ahli parlimen mempunyai imuniti, menyebabkan tidak boleh disaman di mahkamah, maka kita boleh membetulkan tuduhan tersebut, dengan merujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan.

"Tapi itu terpulang kepada speaker. Usul awak untuk merujuk seseorang ke jawatankuasa perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 15 orang... naya orang kena tuduh pulak.

"Sekurang-kurangnya sesama ahli parlimen ini tidak ada imuniti. (Contohnya) Kalau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim tuduh perdana menteri ke... saya tuduh ke, dia (orang yang menuduh) kena bertanggungjawab. Jadi parlimen akan menjadi lebih kredibel," katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata, beliau telah menghantar surat peguam kepada Saifuddin kelmarin menuntut supaya menarik balik tuduhan yang dibuat dalam parlimen tersebut  atau bakal menghadapi tindakan saman di mahkamah.

Ibrahim memberi tempoh kepada Saifuddin selama tujuh hari untuk menarik kenyataan tersebut dari tarikh surat tersebut walaupun Saifuddin telah menjelaskan dakwaannya itu dalam Suara Keadilan yang terbaru.

"Dia (Saifuddin) tarik balik itu hak dia. Tapi kalau dia rasa betul, percepatkanlah," katanya sambil menafikan sekali lagi beliau mempunyai saham dalam syarikat judi.

 

 

ADS