Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemenangan sulung DAP di Sibu sebagai sesuatu yang ‘manis’ bagi Pakatan Rakyat, namun mereka masih perlu berhati-hati dalam memperluaskan peluang di Sarawak.  

NONE "Sibu merupakan tempat yang sukar. Tidak pernah lagi ada calon dari DAP yang pernah menang di Sibu," katanya yang turut berpandangan bahawa para pengundi kini semakin "matang" dan "bersedia untuk berubah."

Ketua umum PKR itu juga berkata keputusan semalam juga merupakan satu mesej pengundi Sarawak kepada BN bahawa mereka tidak boleh dianggap berfikiran sempit.

“(An NONE ggapan) ini cuma bagus jika mereka (BN) mahu memperkecilkan kebijaksanaan orang ramai.

“Selama beberapa dekad, para  pengundi dari luar bandar yang kebanyakannya daripada kaum Melayu, Iban dan Melanau tidak pernah untuk mengundi calon dari DAP yang terdiri dari kaum Cina.

"Bagaimanapun keputusan pada pilihanraya ini menunjukkan mereka telah berfikiran terbuka dan mereka mula untuk menerima manifesto dari DAP,"  katanya dalam sidang akhbar selepas bertemu satu delegasi pelabur dari Indonesia.

Ke azlan rusi parlimen Sibu dimenangi Wong Ho Leng dengan majoriti sebanyak 398 undi, mengalahkan calon BN Robert Lau Hui Yew yang merupakan anak kepada penyandang kerusi itu sebelum ini.

Mendiang Datuk Robert Lau memegang kerusi itu selama lima penggal sehingga 9 April lalu apabila beliau meninggal dunia akibat kanser.

Sementara itu, keputusan pilihan raya kecil ini menunjukkan DAP berjaya meraih 70 peratus undi dari kaum Cina dan turut mencatat peningkatan sokongan daripada kaum Melanau -- sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Ini menunjukkan kita telah bersedia untuk menembusi komuniti Bumiputera yang mana ia sesuatu yang amat kami harapkan," kata Anwar.

Beliau juga berharap trend perubahan ini akan kekal dalam pilihan raya akan datang, namun tidak ingin mengambil sikap terlalu yakin dengan peluang Pakatan.

"Kami optimistik sekarang, tetapi perlu realistik. Saya telah bercakap kepada Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tentang beberapa perkara tetapi ia masih terlalu awal untuk diberitahu," katanya.

ADS