Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perkembangan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang akan menjadi sayap parti itu tidak lama lagi akan diteliti terlebih dahulu sebelum ahli-ahlinya diberikan keanggotaan penuh.

azlan "Kita baru bermula dengan apa yang ada pada hari ini. Kita akan tengok keperluan kita pada masa akan depan dan parti akan memikirkan tentang apa yang berlaku pada masa depan.

"Jadi Ketua Pemuda Gerakan (Kedah) perlu sabarlah. Kalau dia nak pun, dia perlu masuk Dewan Himpunan dulu bersama kita, barulah dia boleh bercakap apa yang akan berlaku pada masa depan," kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu sidang media hari ini.

Salahudin mengulas kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang mendesak PAS memberi keahlian "kelas penuh" kepada bukan Islam dan bukannya "keahlian kelas kedua" sekiranya PAS ikhlas menjadi parti berbilang kaum.

Menurut Salahudin lagi, mereka hanya menjadi ahli kepada dewan tersebut dan bukannya ahli PAS kerana antara syarat utama sebelum seseorang boleh menjadi ahli PAS ialah mereka harus beragama Islam.

Dewan Himpunan itu bakal dilancarkan secara rasmi oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Daerah Klang pada 23 Mei ini.

Majlis p NONE elancaran itu akan  bermula jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang.

"Satu sejarah bagi PAS dilakarkan bahawa secara rasmi kita mempunyai sayap baru yang bernama Dewan Himpunan Penyokong PAS," kata ahli lembaga penasihat dewan ini Salahudin Ayub ( berbaju biru ).

Katanya, ahli dewan tersebut adalah ahli kelab penyokong PAS yang ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum antaranya Cina, India, Siam, Orang Asli dan sebahagian kecil bumiputera dari Sabah dan Sarawak.

Salahudidin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian menjelaskan PAS pusat telah meluluskan satu aturan dan peraturan bagi sayap berkenaan.

Ahli boleh jadi calon

Ditanya sama ada ahli dewan ini boleh menjadi dicalonkan untuk bertanding pada pililihan raya umum mewakili PAS, Salahuddin berkata perkara itu telah dilakukan sejak awal lagi.

Katanya, sebagai contoh, seorang ahlinya yang berketurunan India telah dicalonkan untuk bertanding atas tiket parti itu di Johor pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

"Dengan tertubuhnya dewan ini, yang diluluskan oleh Majlis Syura, saya rasa tidak ada masalah. Calon bukan Islam boleh bertanding atas tiket PAS," katanya.

Ditanya sama dewan tersebut boleh mempengaruhi keputusan PAS, Salahuddin berkata:

"Sudah tentu mereka boleh memberikan pandangan. PAS terbuka untuk menerima pandangan mereka," katanya sambil menambah berdasarkan peraturan seramai 15 orang akan mewakili dewan tersebut dalam muktamar yang diadakan.

Manak NONE ala Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahid Yusuf ( dua dari kanan ) menambah penubuhan dewan tersebut adalah berdasarkan kepada peruntukkan Fasal 26 perlembagaan parti.

Menurutnya fasal tersebut menyebut bahawa PAS Pusat boleh menubuhkan mana-mana aturan dan peraturan untuk melicin dan mengembangkan matlamat parti.

Jelasnya lagi, aturan dan peraturan tersebut meliputi antaranya berhubung bidang kuasa, hak dan kewajipan yang diperuntukkan kepada ahli dewan..

"Aturan dan peraturan ini dibaca sebanyak tiga kali dalam mesyuarat PAS Pusat dan bacaan kali ketiga pada 10 Januari lalu, diluluskan dan dikuatkuasakan.

Ada 20 ribu ahli

"Maka lahirlah Dewan Himpunan Penyokong PAS, yang statusnya diiktiraf oleh perlembagaan parti. Ahli kelab penyokong PAS menjadi ahli dewan himpunan ini," kata Mujahid sambil menambah setakat ini terdapat kira-kira 20,000 ahli di seluruh negara.

Mengulas lanjut, kata Mujahid ahli dewan tersebut boleh menyalurkan pandangan kepada parti, menerusi ketua dewan berkenaan yang dibenarkan menghadiri mesyuarat PAS di peringkat pusat, negeri dan kawasan.

"Begitu juga dengan pengarah pilihan raya (dewan) boleh terlibat dengan pilihan raya PAS Pusat...Ia  bukan retorik. Ada saluran yang ditetapkan," katanya.

Mujahid yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS menjelaskan berdasarkan perlembagaan parti, syarat untuk menjadi ahli PAS mestilah beragama Islam.

"Kalau nak menerima menjadi ahli PAS penuh, perlu dibuat perlembagaan di peringkat induk. Dan ini belum berlaku lagi di atas sebab mungkin belum perlu lagi.

"Tapi kalau kita tengok syarat di sini, ahli dewan himpunan ini adalah warganegara Malaysia, yang bukan Islam, berumur 18 tahun, menerima dasar dan tujuan PAS dan bersedia patuh dengan aturan dan peraturan," katanya sambil membaca aturan dan peraturan tersebut

"Semua peraturan yang ada di sini mematuhi dengan perlembagaan yang  ada. Sama sahaja. Patuh kepada parti, ikut arahan parti, wajib hadiri program parti. Tak ada beza... Dari segi rohnya, mereka ahli PAS, cuba dari segi teknikal perlembagaan, belum dapat dibereskan lagi, buat masa ini," katanya.

Mujahid yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata jawatan terpenting dalam dewan tersebut adalah ketua, timbalan ketua, tiga orang naib, setiausaha dan ketua penerangan di peringkat pusat, negeri dan kawasan.

Sementaran itu ketika ditemui selepas sidang media itu, Salahudin menjelaskan bahawa ahli dewan itu "belum lagi ke tahap" untuk dilantik ke jawatan tertinggi dalam parti.

Sebaliknya mereka hanya memegang jawatan di peringkat dewan sahaja, tambahnya.

ADS