Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tumbang di Sibu: BN Sarawak tak panik
Diterbitkan:  May 19, 2010 12:32 PM
Dikemaskini: 4:49 AM

Barisan Nasional (BN) tidak panik dengan kekalahan calonnya pada pilihan raya kecil Sibu 16 Mei lalu, kata Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Amar Adenan Satem ( bawah, kiri ) di Kuching hari ini.

taib and adenan staem shaking hands 180305 Beliau ketika dalam usul perbahasan ucapan perasmian oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng berkata ia tidak akan memberi kesan kepada BN sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.

"Hanya dengan menang di Sibu, BN masih lagi menguasai dewan (DUN) dan pembangkang masih kekal di kerusi pembangkang di dewan ini," kata Adenan (BN-Tanjung Datu).

sibu by election result dap leaders celebrating Kata Adenan pembangkang yang menang dengan majoriti kecil 398 undi telah banyak menabur janji kepada rakyat di Sibu pada pilihan raya kecil lalu dan BN mahu melihat sejauh mana mereka dapat melaksanakannya.

Jelasnya BN akan memantau dengan lebih dekat apa yang boleh pembangkang buat untuk rakyat Sibu dalam tempoh dua tahun lagi.

- Bernama

ADS