Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB: Keterangan Selcat boleh bantu SPRM
Diterbitkan:  May 19, 2010 7:44 PM
Dikemaskini: 11:53 AM

Keterangan dalam  pendengaran awam jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat) berhubung tuduhan penyelewengan dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengenai perlombongan pasir,  boleh digunakan untuk penelitian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

khalid ibrahim and sprm macc Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, walaupun Selcat tidak ada kuasa pendakwaan, tetapi “sudah tentulah saya rasa SPRM akan berminat tentang kenyataan yang dibuat dalam Selcat."

“Dan ia juga boleh digunakan untuk membuat penyelidikan dan usaha untuk membanteras salah guna kuasa dan rasuah,” katanya ketika ditanya mengenai bidangkuasa Selcat, dalam sidang akhbar selepas mesyuarat exco hari ini.

Pendengaran awam itu akan diadakan di Bilikan Gerakan, Tingkat 2, Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor pada 2, 3 dan 4 Jun depan, dari jam 10 pagi hingga 1 tengahari.

Pada 12 Mei lalu, Manikavasagam membuat laporan polis yang mengandungi tiga pegawai kanan KSSB yang didakwa terbabit dalam operasi pelombongan pasir secara haram.

Dalam NONE laporan polisnya, ahli parlimen Kapar itu mendakwa, antara lain mereka bertanggungjawab terhadap kerugian RM10 juta kerana salahurus dan mendakwa mereka mengeluarkan permit kepada pengusaha lombong pasir haram.

Selcat dipengerusikan oleh Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim. Manakala ahli jawatankuasa Selcat yang lain ialah Hanizah Talha, Azmin Ali, Saari Sungip, Edward Lee - semuanya dari Pakatan Rakyat - dan dua wakil rakyat dari BN - Ismail Sani dan Sulaiman Abdul Razak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS