Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menyoal-siasat saksi melebihi waktu pejabat.

NONE Dalam keputusan sebulat suara oleh tiga hakim yang bersidang, mereka mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini menolak keputusan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Persekutuan juga mengarahkan kos RM20,000 dibayar kepada SPRM dalam saman yang difailkan oleh ahli majlis perbandaran Kajang, Tan Boon Wah ( atas, kiri ).

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusof, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Abdull Hamid Embung dan Hakim Datuk Heliliah Mohd Yusof, berkata penghakiman secara bertulis akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.

GA_googleFillSlot("bh_island2");
Ia mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 17 Disember, 2009, mengenai tafsiran Seksyen 30(3)(a) dan 30(1)(a) Akta SPRM 2009 bahawa pemeriksaan ke atas saksi tidak boleh dihadkan kepada waktu bekerja sahaja dan penyiasatan boleh dilakukan pada bila-bila masa yang diperlukan.

azlan Pada 12 Januari, Tan memperoleh kebenaran untuk mencabar keputusan yang membatalkan keputusan Makkamah Tinggi pada 19 November, 2009, bahawa SPRM hanya boleh menyoal siasat saksi antara 8.30 pagi dan 5.30 petang.

Tan, 40, telah menyaman Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, penolong superintenden SPRM, Mohammad Hassan Zulkifli, dan SPRM mendakwa penahanannya dan disoal siasat selama 16 jam semalaman pada 15 Julai tahun lalu oleh SPRM adalah menyalahi undang-undang

ADS