Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan akhbar milik Umno itu – Utusan Malaysia berhubung kecederungan mereka mensensasikan berita.

NONE “Saya faham apabila mensensasikan berita membabitkan orang yang terkenal...sedikit adalah okay . Saya tak akan halangnya. Tapi cuba berusaha mewujudkan era masyarkat yang berpengetahuan."

Najib berkata beliau faham bahawa media lebih berminat dengan cerita-cerita sensasi, dan menurutnya cerita sensasi sedemikian "sedikit sebanyak memang boleh", tetapi pada masa yang sama media perlu menitikberatkan kepada berita berbentuk keilmuan supaya masyarakat dapat berfikir secara lebih intelektual dan objektif.

"Ini juga peranan akhbar. Jangan (asyik) cerita sensasi, cerita panas atau konflik. Saya tahu dalam bidang kewartawanan, di Barat akan tekankan bahawa konflik itu bermakna berita itu boleh dijual," katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah bangunan ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang baru di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

"Tapi ia tidak semestinya menjadi kaedah kita, sebab kita nak bawa negara kepada kejayaan fizikal dan intelektual," tambahnya

“Ini bagi memastikan kita mempunyai masyarkat yang intelektual, kritikal dan mampu berfikir secara objektif,” kata Najib

Najib juga berkata media tempatan perlu berperanan sebagai rakan kongsi kerajaan untuk bersama-sama membawa perubahan dan transformasi besar kepada negara.

Katanya, Malaysia mampu meningkat ke tahap daya saing yang lebih baik jika keberkesanan kerajaan dan perniagaan terus dipertingkatkan.

NONE Sambil mengingatkan perjuangan Utusan Melayu dalam memartabatkan agama, bangsa

dan negara sejak penubuhannya pada 1938, Najib berkata pada kurun ke-21 ini pun beliau mahu terus melihat Utusan Melayu meneruskan kesinambungan itu.

"Saya harap Utusan Melayu akan terus menjadi sebuah institusi yang unggul atas nama perjuangan agama, bangsa dan negara," katanya.

Peringatan Najib kepada Utusan adalah berikutan bidasan daripada pelbagai pihak khususnya, pembangkang kerana tindakan harian berbahasa Melayu itu yang didakwa cuba melaga-lagakan masyarakat bukan Melayu dengan Melayu.

Akhbar berusia 71 tahun itu juga adalah peneraju utama konsep ‘Ketuanan Melayu’ dan pendukung kuat dasar afirmatif melalui Polisi Ekonomi Baru.

Pada ucapanya, Najib menggesa Utusan Melayu juga harus membuat segala perubahan yang perlu seiring dengan perubahan zaman bagi menghadapi persaingan daripada akhbar lain serta juga sumber maklumat lain seperti blog, portal berita dan televisyen satelit 24 jam.

Membisu soalan judi

“Sekarang ini, Utusan juga mempunyai laman web sendiri. Berita juga kini lebih pantas,” katanya.

NONE Sementara itu, Najib enggan mengulas mengenai bidasan pelbagai pihak termasuk golongan agama berhubug tindakan kerajaan meluluskan lesen judi kepada Ascot Sports, yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan melalui Kumpulan Berjaya.

“Kita tidak akan membincangkannya,” kata Najib kepada pemberita selepas majlis itu.

Sejak pengumuman lesen judi itu dua minggu lalu, Najib memilih untuk membisu meskipun boleh dikatakan hampir setiap hari dibidas kerana tindakan berkenaan dikatakan akan membawa lebih masalah kepada Malaysia dan mencemarkan imej Islam negara ini.

Najib juga tidak mahu mengulas dan enggan diheret dalam pertikaman lidah antara pemimpin MCA dan kumpulan kanan Melayu, PERKASA.

ADS