Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Taib: Dunia 'tungkup' jika percaya cakap DAP
Diterbitkan:  May 21, 2010 4:26 PM
Dikemaskini: 8:31 AM

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, meminta rakyat supaya tidak mengambil serius tuduhan DAP kononnya Barisan Nasional (BN) parti mengamalkan rasuah kerana apa yang dikatakan oleh parti pembangkang itu adalah semata-mata pembohongan.

" sibu by election result dap leaders celebrating You percaya cakap DAP, dunia boleh tungkup (terbalik)," katanya selepas merasmikan Medan Hamidah di Demak Jaya Jalan Bako di Kuching, hari ini.

Taib, yang menyambut ulang tahun ke-74 hari ini, berkata bahawa di bawah Barisan Nasional demokrasi akan terus berjalan dengan baik di negara ini.

Katanya, beliau mahu melihat rakyat kekal bersatu sekali gus menjadikan Sarawak negeri contoh kepada kehidupan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

- Bernama

ADS