Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Soi Lek anggotai jawatankuasa BN Perak
Diterbitkan:  May 24, 2010 12:49 PM
Dikemaskini: 4:53 AM

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek adalah antara tiga muka baru dari MCA yang dipilih menganggotai Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional (BN) Perak sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Selain Soi Lek yang juga pengerusi perhubungan MCA Perak, dua lagi yang dipilih ialah Setiausaha MCA Perak, Datuk Tan Chin Meng dan Naib Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, pemilihan tiga muka baru ini akan memantapkan lagi BN bagi menghadapi pilihan raya umum nanti.

"Semua barisan jawatankuasa yang ada pada masa ini berpengalaman di peringkat nasional dan saya yakin pemilihan mereka bertepatan sekali.

BN Perak yakin gerak kerja yang disusun untuk menghadapi pilihan raya umum itu kelak akan menjadi mantap dan kukuh,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat BN di Ipoh hari ini.

Zambry berkata, seorang lagi wakil MCA yang menduduki jawatankuasa tersebut ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

- Bernama

ADS