Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS Perlis melancarkan gerak kerja Ahad lalu, sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan mensasarkan sekurang-kurangnya lapan kerusi DUN bagi merampas negeri itu dari BN.

"Saya rasa tidak mustahil untuk PAS memenanginya. Manakala rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat pula dilihat berpeluang memenangi beberapa kerusi lagi," kata Pesuruhjaya PAS negeri, Hashim Jasin kepada  Malaysiakini kelmarin.

Perlis mempunyai 15 DUN termasuk dua DUN yang dikuasai oleh PAS iaitu Sanglang yang diwakili Hashim dan Simpang Empat (Rus'selle Ezlan).

    

Menurut Hashim, PAS telah mengenalpasti lapan kerusi yang boleh dimenanginya dalam pilihan raya umum akan dating – termasuk Sanglang dan Simpang Empat.

Bagaimanapun, beliau yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS ‘merahsiakan’ kawasan yang disasar parti itu.

Majlis gerak kerja itu dilancarkan oleh setiausaha PAS Kedah, Senator Mohamad Yusof Hussin di Balai Islam MADI di Jejawi Arau, dengan dihadiri kira-kira 300 petugas parti dari setiap DUN.

Menjawab soalan, Hashim berkata, antara faktor yang akan membantu PAS merampas lapan DUN berkenaan ialah tsunami politik yang berlaku pada 2008 serta kejayaan Pakatan mentadbir Kedah.

Satunya faKtor, katanya ialah peningkatan sokongan bukan Islam terutamanya kaum Cina terhadap PAS dan usaha berterusan menentang BN.

"Kita mensasarkan untuk memperolehi undi dari kaum Cina sekitar 70 peratus bagi setiap DUN yang disasarkan," katanya

Hashim memberi contoh DUN Sanglang di mana kira-kira 800 pengundi CINA di situ menyokong penuh BN sebelum pilihan raya umum 2008.

Tetapi, katanya, dalam pilihan raya umum lalu, sokongan kaum Cina terhadap PAS didapati meningkatkan 50 peratus.

Selain itu, katanya, PAS juga mampu merampas semula kerusi DUN Guar Sanji - yang terlepas ke tangan BN dalam pilihan raya  2004 dan 2008.

Katanya, ini ekoran wujudnya krisis kepimpinan antara "puak-puak dalam Umno" di DUN tersebut  yang memberi kelebihan kepada PAS untuk mendapat sokongan pengundi di situ terutama pengundi Melayu.

"Kita sudah mula menggerakkan jentera kita. Aktiviti yang dijalankan berlangsung dengan baik dan perlu diteruskan," katanya.

ADS