Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) mempersoalkan pemberian bonus enam bulan kepada kakitangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam tempoh September 2008 hingga Jun 2009, sedangkan syarikat baru ditubuhkan pada Julai 2008.

NONE KSSB adalah syarikat milik kerajaan negeri Selangor.

Pengerusinya, Teng Chang Khim, pada hari pertama sesi pendengaran awam membabitkan salah gunakuasa KSSB, juga mempersoalkan kewajaran pemberian bonus itu.

Menurut beliau, sedangkan pada ketika itu, syarikat berkenaan hanya mempunyai dua lombong saja yang beroperasi.

"Saya rasa syarikat besar seperti MAS (Malaysia Airlines System) atau Maxis, tak bagi (bonus) macam tu, tapi syarikat ini (beri)," tegas Teng yang juga ADUN Sungai Pinang.

Sebelum itu, Pengerusi Bukan Eksekutif KSSB, Abdul Shukor Nagor, memberitahu panel Selcat , pemberian bonus dibuat secara dua peringkat iaitu bonus dua bulan gaji pada akhir Disember 2008 dan empat bulan gaji antara Januari hingga Jun 2009.

Katanya, s NONE ecara purata, seseorang kakitangan memperolehi bonus sebanyak 3.49 bulan gaji sepanjang tempoh sembilan bulan bekerja dengan syarikat itu.

Abdul Shukor berkata bayaran bonus kepada kakitangan KSSB dibuat kerana mereka bekerja keras sehingga menyaksikan syarikat itu membuat keuntungan RM7 juta pada Jun 2008.

Katanya lagi, mereka juga bekerja di industri yang mencabar dan sering-kali menghadapi ancaman dan sebagai rekod, 40 laporan polis telah dibuat sehingga hari ini.

Sehubungan itu, katanya berdasarkan pencapaian tersebut, beliau merasakan pemberian bonus tersebut adalah "wajar".

Bagaimanpun Teng tidak membeli hujah itu dan berkata: “Anda adalah monopoli di Selangor, apa yang begitu susah?”

Teng juga mempersoalkan keputusan KSSB dan berkata tidak ada syarikat yang akan memberikan bayaran bonus selumayan begitu.

NONE "Anda bekerja untuk empat bulan dan mendapat dua bulan bonus. Jadi jika anda bekerja sepanjang tahun, anda menjangkakan bonus enam bulan,” katanya.

Sementara itu, dalam pendengaran itu juga Abdul Shukor berkata selama 18 bulan beroperasi, syarikat tersebut mencatatkan keuntungan sebanyak RM1.2 juta dalam bermula September hingga Disember 2008, manakala keuntungan jualan sebanyak RM30 juta pada tahun 2009.

Menurutnya lagi, mengikut laporan audit, KSSB  mencatat keuntungan sebanyak RM8 juta sebelum cukai.

Tambahnya, dalam bulan Januari hingga April 2009, peningkatan jualan kepada RM16 juta dan pengingkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM6.3 juta.

KSSB setakat ini menguruskan lapan buah lombong pasir dan 28 perlombongan sungai seluruh Selangor.

Pad NONE a pendengaran awam hari ini, exco Selangor, Yaakob Sapari adalah saksi pertama yang dihadapkan ke Selcat yang memulakan perbicaran tiga harinya berhubung skandal perlombongan pasir secara haram.

Yaakob ( kiri, tanpa kaca mata ) diasak dengan pelbagai soalan yang dilontarkan oleh Selcat selama satu jam setengah sebelum berakhir pada 11.30 pagi hari ini.

Saksi kedua yang diminta memberi keterangan ialah Pengarah, Jabatan Tanah dan Galian Selangor, Abdul Nasir Hassan.

A NONE hli parlimen Kapar  Manikavasagam - pemimpin PKR yang mencetuskan kontroversi apabila mendakwa mempunyai bukti dan senarai saksi bagi menyokong dakwaannya bahawa Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang dimiliki kerajaan negeri Selangor terbabit dalam skandal itu dijadual memberi keterangannya esok.

Bagaimanapun dalam laporan semalam, difahamkan Manikavasagam tidak akan hadir kerana mendapat arahan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada berbuat demikian.

Turut hadir pertama kali sebagai anggota panel Selcat hari ini ialah dua wakil rakyat Barisan Nasional.

Mereka ialah Ismail Sani, yang merupakan ADUN Dusun Tua dan Sulaiman Abdul Razak dari Permatang.

Kedua-dua mereka memulaukan sidang Selcat tahun lalu.

Anggota lain ialah Teng Chang Khim selaku Speaker, Haniza Talha (PKR-Taman Medan) bertindak sebagai timbalan pengerusi, Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) dan Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing).

[Baca berita penuh]

ADS