Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKAUM: Kritikan khianati kebebasan akademik
Diterbitkan:  Jun 2, 2010 3:37 PM
Dikemaskini: 8:22 AM

Kritikan terhadap majlis syarahan awam dan perbincangan mengenai buku Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times yang diadakan di Univeriti Malaya, baru-baru ini dianggap sebagai mengkhianati kebebasan akademik dan autonomi universiti.

kl bar judiciary forum 241007 azmi sharom Menurut Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM), Azmi Sharom, pihaknya merasa sedih kerana masih banyak pihak yang kurang arif dan kurang prihatin terhadap fungsi universiti.

“Ramai yang masih beranggapan universiti adalah sebuah sekolah besar berasrama, tinggi sikit dari sekolah menengah.

“Kekangan kepada universiti untuk menganjur sebarang majlis ilmiah akan membantut usaha menjadikan Universiti Malaya sebuah universiti bertaraf dunia. Bertaraf dunia tidak hanya bermaksud penarafan (ranking) tinggi. Ia juga mengkehendaki budaya akademik yang matang, sihat dan bebas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

K NONE atanya, majlis berkenaan merupakan satu wacana ilmiah dengan penulis buku itu,  Barry Wain, serta tiga tokoh akademik Universiti Malaya.

“Ia telah dijalankan dengan cara matang dan aman. Tidak ada dari kalangan para hadirin yang terdiri dari berbagai kaum dan peringkat umur, yang membantah terhadap apa yang dibincangkan atau apa yang tertulis di dalam buku tersebut,” kata Azmi.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak menghormati dan menghayati kebebasan akademik dan autonomi universiti.

“Bebaskan universiti untuk membina satu persekitan akademik yang sihat dan maju. Universiti Malaya tidak mahu kekal sebagai sebuah universiti dunia ketiga,” katanya.

khaled nordin Pada 31 Mei lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengarahkan Universiti Malaya menyediakan laporan terperinci mengenai program syarahan Barry Wain itu.

Menurut Khaled meskipun universiti mempunyai kuasa untuk memutus dan menganjurkan sebarang program di dalam kampus masing-masing mengikut budi bicara Naib Canselor, namun garis panduan dan tatacara jelas perlu disediakan.

Katanya, tindakan itu bagi memastikan program berbentuk akademik yang dianjurkan kelak tidak lari daripada matlamat asal dan dijadikan platform untuk agenda individu tertentu.

ADS