Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saiful nafi Anwar di Unit 11-5-2
Diterbitkan:  Jun 3, 2010 3:13 PM
Dikemaskini: 7:27 AM

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan Anwar berada di unit kondominium lain ketika kejadian liwat yang didakwa berlaku.

NONE Saiful, saksi utama pihak pendakwaan, hari ini tetap dengan pendiriannya bahawa Anwar berada di unit pertama Kondominium Desa Damansara di mana kejadian itu didakwa berlaku dan bukannya di unit kedua, seperti yang dicadangkan beberapa kali oleh peguam Karpal Singh, yang mewakili Anwar.

Beliau berkata beliau telah pergi ke unit pertama, kondominium itu pada 26 Jun,2008, untuk menghantar dokumen kepada Anwar.

Karpal

: Saya katakan anda dalam keterangan di mahkamah bahawa apa yang berlaku di Unit 11-5-1 kondominium itu adalah langsung tidak ada?

Saiful : Tidak benar.

Karpal : Saya katakan Datuk Seri Anwar berada di Unit 11-5-2, kondominium itu?

Saiful: Tidak.

Karpa l: Sekali lagi, seperti yang dinyatakan anda di mahkamah bahawa Anwar berada di Unit 11-5-1 kondominium itu adalah tidak benar?

Saiful : Tidak. Dia berada di Unit 11-5-1.

Karpal : Saya cadangkan Datuk Seri Anwar berada di Unit 11-5-2?

Saiful : Tidak.

    

Karpal kemudiannya memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah menyerahkan salinan notis alibi bahawa anak guamnya tidak berada di tempat kejadian seperti didakwa di Unit 11-5-1 kondominium itu, kepada pihak pendakwaan pada 19 Jun, tahun lalu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kemudian membenarkan permohonan Karpal supaya prosiding seterusnya diadakan secara tertutup kerana ia melibatkan notis alibi anak guamnya, dan Mohamad Zabidin meminta semua orang awam beredar dari dalam mahkamah.

anwar saiful bukhari azlan sodomy allegations 300608 desa damansara condominum Prosiding secara tertutup itu berlangsung selama 14 minit dan orang awam dibenarkan masuk ke dalam mahkamah semula selepas pihak pembelaan selesai menyoal balas Saiful yang kelihatan sentiasa tenang dan dengan suara yang perlahan menjawab soalan Karpal yang kadang-kala menyoalnya secara bertubi-tubi.

        

Kepada soalan lain, Saiful bersetuju dengan Karpal bahawa beliau telah menulis di laman blognya pada 2 Ogos, 2008 iaitu "kepada DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim), saya ucapkan selamat bertanding",

Karpal sekali lagi berkata bahawa ini menunjukkan beliau merancang hari angkat sumpah di masjid itu, di mana sekali lagi Saiful menafikannya sambil berkata ia sudah lama dirancang.

Anwar, 63, yang juga Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantunya, Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di Kuala Lumpur, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008.

- Bernama

 

ADS