Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bawa kad jemputan kahwin untuk beli gula
Diterbitkan:  Jun 3, 2010 5:04 PM
Dikemaskini: 9:09 AM

Nak buat kenduri kahwin tapi bimbang tak cukup gula? Jangan khuatir.

Setidak-tidanya di Terengganu, gula yang diperlukan boleh dibeli di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan  Kepenggunaan (PPDNKK) di seluruh negeri dengan syarat anda perlu tunjukkan kad jemputan kahwin.

NONE "Kita minta bawalah kad jemputan, bukan sebagai bukti tetapi kita ingin tahu bila dan berapa banyak gula yang diperlukan untuk majlis itu, senang untuk kita agihkan kerana kita jangkakan ramai yang akan adakan kenduri sepanjang  cuti sekolah ini," kata Ketua Pegawai Penguatkuasa PPDNKK negeri, Abdul Ghani Harun kepada pemberita di Kuala Terengganu  hari ini.

Menurut beliau, peniaga yang ingin mendapatkan bekalan  bahan berkenaan pula boleh mengemukakan lesen perniagaan masing-masing.

"Kita jangkakan bekalannya sebanyak 2,400 metrik tan sebulan yang kita ada mencukupi untuk kegunaan seluruh negeri," katanya.

        

Menurut beliau orang ramai boleh mendapatkan bekalan bahan itu di pasar raya dan kedai runcit seluruh negeri.

"Jika ada peruncit atau pemborong yang enggan jual gula sedangkan mereka ada simpan bahan itu, kita minta pengguna laporkan segera. Kita ingin banteras golongan yang menimbulkan masalah ini," katanya.    

Abdul Ghani berkata satu unit khas yang dikenali sebagai 'rescue team' juga sentiasa memantau masalah kekurangan bekalan gula di seluruh negeri.

"Unit ini akan menghantar gula ke mana-mana lokasi yang mengalami kekurangan gula, termasuk di kawasan luar bandar. Untuk tujuan ini PPDNKK mendapat kerjasama daripada penghulu kampung," katanya.

- Bernama

   

ADS