Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AS setuju Malaysia sertai latihan 'Cobra Gold'
Diterbitkan:  Jun 3, 2010 5:16 PM
Dikemaskini: 10:13 AM

Amerika Syarikat telah bersetuju supaya Malaysia menyertai latihan ketenteraan “Cobra Gold” sebagai peserta pada sesi akan datang, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

NONE Beliau berkata, persetujuan supaya Malaysia, yang sebelum ini hanya menjadi negara pemerhati, menjadi peserta diperolehi hasil pertemuannya dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Senator Robert Gates dalam lawatan rasminya ke negara tersebut minggu lalu.

"Setiausaha Pertahanan Amerika itu telah bersetuju menaik taraf penyertaan Malaysia dalam Cobra Gold, eksesais bersama dengan beberapa negara lain yang mana sebelum ini Malaysia hanya menjadi pemerhati,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Transformasi Mindef di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, pelbagai faedah akan diperolehi daripada penyertaan itu nanti terutama dari segi teknik dan strategi peperangan termasuk penggunaan peralatan yang canggih semasa latihan itu.

Latihan yang diadakan di Thailand setiap dua tahun sekali itu turut melibatkan beberapa negara lain termasuk Thailand, Amerika, Singapura dan Filipina.

- Bernama

ADS