Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemimpin Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim menegaskan pentingnya pembangunan ekonomi berjalan seiringan dengan keadilan sosial.

Bercakap selepas merasmikan pembukaan sebuah surau di Komtar, Pulau Pinang, Anwar memuji kerajaan negeri kerana menjaga keperluan penduduk Islam di Pulau Pinang walaupun terpaksa berdepan dengan tuduhan yang ia meminggirkan mereka.

Anwar berkata, bantuan kerajaan Pulau Pinang untuk pendidikan dan kebajikan sosial orang Islam jauh lebih tinggi daripada apa yang disediakan selama pemerintahan BN sebelum ini.

Beliau juga bersetuju kegunaan masjid dan surau diperluaskan dan bukan setakat tujuan ibadah semata-mata.

Tegasnya, masjid dan surau bukan hanya untuk bersembahyang sahaja, tetapi juga untuk memacu kemajuan kesejahteraan umat Islam.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan pemimpin PKR termasuk timbalan ketua menteri, Mansor Othman dan exco negeri, Abdul Malek  Abul Kassim. Surau tersebut terletak di tingkat empat bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran negeri.

 

Sebelumnya, Anwar juga bercakap dalam taklimat selama sejam untuk pegawai kerajaan negeri di mana beliau  berkongsi pengalamannya selama menjadi menteri.

Katanya, perkhidmatan awam yang profesional dan cekap menjadi asas penting bagi pembangunan ekonomi dan keadilan sosial. Berita asal

ADS