Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PBB cadang siasatan antarabangsa
Diterbitkan:  Jun 6, 2010 8:00 PM
Dikemaskini: Jun 7, 2010 2:05 AM

Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon telah mencadangkan penubuhan siasatan antarabangsa  terhadap serangan tentera Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza yang mengorbankan sembilan aktivis pro-Palestin, kata seorang pegawai Israel.

Ban telah mencadangkan penubuhan sebuah panel yang diketuai bekas perdana menteri New Zealand Geoffrey Palmer dan termasuk wakil dari Turki, Israel dan Amerika Syarikat, kata pegawai tersebut. Kapal yang diserang itu adalah dari Turki.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu membincangkan cadangan itu dengan Ban pada hari Sabtu dan merancang membincangkan dengan menteri kanannya keesokannya sama ada Israel harus menerimanya, kata pegawai berkenaan yang tidak mahu namanya disebut, lapor Reuter.

Pemimpin Israel telah secara terbuka menyatakan cadangan menubuhkan siasatannya sendiri dengan kehadiran pemerhati asing ke atas serangan tenteranya ke atas Marmara Mavi Isnin lalu.

Ban juga telah membincangnya dengan Perdana Menteri Turki Tayyip Erodogan "pilihan untuk bergerak ke hadapan dengan siasatan dijalankan atas permintaan Majlis Keselamatan", kata PBB di lamanwebnya, yang merujuk kepada permintaan majlis tersebut yang mahukan siasatan yang adil.

[Baca berita penuh]

ADS