Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pegawai Kementerian Kewangaan didakwa menggunakan data yang tidak lengkap apbila melaporkan bahawa jumlah subsidi tahun lalu hanya berjumlah RM18.6 bilion.

NONE Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon menjelaskan jumlah subsidi sebenarnya adalah RM74 billion seperti yang dilaporkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) Datuk Seri Idris Jala, minggu lalu.

Semalam, pegawai Kementerian Kewangan berselisih berhubung jumlah yang dikemukakan kepada ahli parlimen penyokong kerajaan.

Mereka mendakwa jumlah subdisi penuh dalam negara ini hanya sebanyak RM18.6 bilion dan bukannnya RM74 seperti yang dikemukakan Idris.

"Bagaimanapun, selepas menyemak, kami mendapati, contohnya, angka Perbendaharaan tidak merangkumi subsidi sebanyak RM12 bilion oleh Petronas kerana ia beranggapan subsidi itu tidak ditanggung secara langsung oleh kerajaan.

idris jala pemandu subsidies frontimage "Sebaliknya, angka PEMANDU mengambil kira RM12 bilion itu kerana Petronas adalah milik penuh kerajaan dan wang Petronas juga merupakan wang kerajaan. Jika tidak digunakan sepenuhnya sebagai subsidi sekalipun, sebahagian daripada wang RM12 bilion itu boleh digunakan secara langsung bagi faedah rakyat.

"Satu lagi contoh ialah angka Perbendaharaan tidak termasuk jumlah kos pendidikan yang diambil kira dalam angka PEMANDU," kata Koh sambil menyebut contoh bagaimana Perbendaharaan mungkin telah memasukkan biasiswa sebagai subsidi tetapi tidak kos keseluruhan universiti awam yang dibiayai oleh kerajaan.

Katanya percanggahan angka itu kerana terdapat perbezaan dalam definisi dan klasifikasi perbelanjaan serta sumbernya.

"Perangkaan Perbendaharaan hanya merujuk kepada subsidi secara langsung yang membabitkan Perbendaharaan, manakala PEMANDU memasukkan semua subsidi secara tidak langsung termasuk dari sumber awam," katanya kepada pemberita.

Idris juga minggu lalu, memberi amaran bahawa Malaysia akan muflis pada tahun 2019 sekiranya pemberian subsidi diteruskan.

Koh berkata beliau telah memberikan taklimat kepada Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, malam semalam bagi memperjelas ketidaksamaan itu.

ADS