Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB Perak nafi 3 ADUN Umno akan sertai PKR
Diterbitkan:  Jun 13, 2010 6:39 PM
Dikemaskini: Jun 15, 2010 2:28 AM

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menafikan dakwaan PKR Perak bahawa tiga ADUN Umno akan menyertai pembangkang dan menyifatkannya sebagai satu pembohongan.

Menurutnya, dakwaan itu bertujuan untuk memecah-belahkan perpaduan di dalam Umno yang kini semakin kukuh.

    

"Mereka (pembangkang) cuba untuk mereka-reka isu. Ini adalah satu taktik alih pandang kerana mereka menyaksikan  satu demi satu pemimpin mereka meninggalkan parti itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    

Zambry diminta mengulas kenyataan ketua penerangan PKR Perak Zulkifli Ibrahim yang sebelum itu memberitahu satu sidang media di Ipoh bahawa tiga ADUN Umno akan menyertai PKR dalam masa terdekat.

    

Zulkifli berkata ketiga-tiga ADUN tersebut tidak berpuas hati dengan layanan Zambry kerana lebih mengutamakan bekas ADUN PKR.

    

Katanya, nama tiga ADUN Umno itu akan diumum pucuk pimpinan tertinggi parti tidak lama lagi.

    

Zambry yang juga pengerusi badan perhubungan Umno negeri turut menyangkal dakwaan pembangkang bahawa rakyat Perak tidak berpuas hati dengan pentadbiran BN di negeri itu kerana polisi yang tidak stabil.

    

 "Ini bukan strategi baru pada ketika BN dan rakyat di Perak berada dalam keadaan tenteram dan kerajaan yang diterajui oleh BN  bekerja seperti biasa," katanya.

    

- Bernama

ADS