Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Biasiswa pengajian lepasan ijazah ditambah
Diterbitkan:  Jun 15, 2010 7:37 PM
Dikemaskini: 11:39 AM

Kerajaan akan menaikkan bilangan biasiswa seberang laut secara berperingkat bagi pengajian lepasan ijazah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Pendirian kerajaan ialah untuk menumpukan perhatian yang lebih bagi pemberian biasiswa seberang laut pada peringkat lepasan ijazah, ia akan dilaksanakan secara berperingkat supaya kita dapat membangunkan institusi yang mempunyai ranking dan standard yang tinggi di negara ini.

"Tetapi pada masa yang sama, kursus kritikal akan diteruskan buat sementara sehingga kita dapat membangunkan kemampuan penduduk tempatan," katanya pada sidang akhbar selepas menemui guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur hari ini.

Najib mengulas laporan yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, bahawa 1,500 biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk ijazah sarjana muda seberang laut akan dikurangkan mulai tahun depan.

Pengumuman itu menyebabkan ramai pihak termasuk Pemuda Umno, MCA dan MIC meminta kerajaan untuk menimbangkan semula keputusan itu.

 - Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS