Penalti berat - pindaan Akta Anti Pemerdagangan

Rang undang-undang anti pemerdagangan orang (pindaan) 2010 akan dibentangkan di parlimen pada sesi kali ini, setelah ia diluluskan dalam mesyuarat kabinet pagi tadi.

hishamuddin hussein keeping mumMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pindaan terhadap Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Akta 670) itu antara lain akan menyaksikan pertambahan kadar penalti yang dikenakan ke atas individu serta pertubuhan yang terbabit dalam pemerdagangan orang serta penyeludupan migran, di mana ia lebih berat daripada apa yang terkandung dalam Akta Imigresen.

"Sebanyak 14 Seksyen baru akan ditambah disamping membuat pindaan terhadap 10 Seksyen sedia ada.

"Ia termasuklah bahagian khusus bagi penyeludupan migran, pelantikan pegawai buruh sebagai pegawai penguatkuasa, bidang kuasa mahkamah sesyen untuk merakamkan keterangan mangsa, majistret mesti mengeluarkan perintah perlindungan sementara (IPO) serta pemakaian akta yang melibatkan bukan sahaja negara penerima tetapi juga negara transit," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Hishahuman trafficking woman sex workersmmuddin berkata, pindaan itu dibuat bagi menjadikan ia lebih komprehensif dalam menangani jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Beliau berkata, kerajaan berharap tindakan yang lebih bersepadu dapat diambil terhadap isu berkaitan kerana kedua-dua jenayah itu mempunyai hubungan yang amat rapat dan saling berkait khususnya dalam konteks eksploitasi buruh asing dan migran.

"Kerhuman trafficking tip report 131607 parading prostituteajaan juga mahu menyelesaikan isu mengaitkan Malaysia sebagai sebuah negara transit kerana dengan perubahan akta ini, individu atau pihak yang membantu menyeludup masuk migran ini ke Malaysia juga akan dikenakan hukuman selain hukuman kepada migran yang masuk ke Malaysia secara tidak sah," katanya.

Hishammuddin berkata, menerusi pindaan itu juga, kerajaan akan dapat memperluas fungsi dan peranan Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) termasuk untuk memantau corak kemasukan migran ke Malaysia dan juga pergerakan mereka di dalam negara.

Beliau berkata, pemantauan itu akan membantu agensi berkaitan mengambil tindakan selanjutnya untuk membanteras kegiatan penyeludupan migran.

"Untuk tujuan itu juga, kemampuan MAPO akan dapat diperkukuhkan dengan penambahan dua Ahli Majlis di kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mempunyai kepakaran dalam anti penyeludupan migran," katanya.

Hishhuman trafficking tip report 131607 prostitute heldammuddin berkata, kementerian telah mengambil segala langkah perlu untuk memastikan pindaan itu mencapai matlamat yang disasarkan, termasuk mengadakan sesi taklimat kepada umum pada 9 Jun lalu yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, dan dihadiri oleh 68 peserta termasuk NGO, kedutaan dan pertubuhan antarabangsa.

 - Bernama
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.