Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Rancangan Kementerian Pelancongan untuk mengadakan Festival Ramadan bagi menarik pelancong Arab melawat Malaysia, terus mendapat bantahan.

abim Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Muhamad Razak Idris berkata, hasrat kerajaan mengadakan festival itu merupakan satu cadangan yang lari dari roh sebenar Ramadan.

Beliau berkata, dalam perspektif Islam, bulan Ramadan  merupakan bulan untuk meningkatkan kualiti ibadah.

"(Bagaimanapun) kalau kementerian pelancongan membuat sedikit pengubahsuaian sejajar dengan falsafah sebenar Ramadan dan mendatangkan kebaikkan kepada semua orang,  ia boleh diteruskan jika ia tidak mempunyai unsur bersuka-ria.

hari raya ramadhan stalls 021006 04 "Kementerian boleh mendapatkan pandangan dan rundingan daripada pertubuhan Islam bagi mendapatkan konsep yang wajar yang boleh mendatangkan kebaikkan kepada semua orang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.  

Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin pula berkata, pihaknya tidak bersetuju jika Ramadan dikomersialkan dengan penganjuran Festival Ramadan.  

Bagaimanapun beliau berkata, jika acara itu bertujuan untuk menjalinkan hubungan antarabangsa dan mempunyai fungsi merapatkan ukhuwah untuk kebaikkan, maka ia wajar diadakan.

"Tetapi kalau festival ini untuk 'difestivalkan' maka saya tidak setuju," katanya.  

Presiden Persatuan  Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz juga membantah cadangan kementerian pelancongan itu jika majlis yang bakal dianjurkan tidak menghormati bulan Ramadan.

arab middle east tourist 191005 Muhammad Faisal berkata, perkara ini bukan kali pertama terjadi kerana tahun sebelum ini turut diadakan program sedemikian.

"Pada pandangan saya, program yang dianjurkan disifatkan (sebagai) tidak hormat (bulan Ramadan).  

"(Festival) bukan baru (malahan) sudah dianjurkan pada tahun-tahun lepas, contohnya konsert yang seolah-olah tidak menjaga sensitiviti umat Islam," katanya.

Beliau berkata, menteri pelancongan seharusnya mempunyai satu panduan yang khusus dalam menjalankan sesuatu program walaupun menteri pelancongan bukan beragama Islam.

ADS