Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pertukaran di pejabat MB Selangor
Diterbitkan:  Jun 23, 2010 12:20 PM
Dikemaskini: 4:25 AM

Pejabat Menteri Besar Selangor membuat pertukar berikutan perletakan jawatan setiausaha politik Tan Sri Khalid Ibrahim - Nik Nazmi Nik Ahmad, berkuatkuasa 1 Julai ini.

NONE Nik Nazmi ( kanan, berbaju putih ) adalah antara perwakilan paling muda apabila dipilih sebagai calon untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri Seri Setia pada pilihan raya umum 2008 ketika hanya berusia 26.

Adalah dipercayai beliau akan diberikan jawatan dalam PKR.

Tempat Nik Nazmi akan digantikan oleh Faekah Husin, setiausaha politik kepada presiden PKR.

Peguam lulusan Universiti Malaya ini berkhidmat  kepada Datuk Seri Wan Azizah sejak 2003 dan masih menyandang jawatan berkenaan sehingga tempatnya diganti.

Belia faekah husin u mula menyertai PKR pada 1999, selain terlibat menubuhkan PKR Cabang Kuala Langat dan  memikul jawatan Ketua Wanita PKR Selangor sehingga kini.

Pelantikan itu diumumkan Khalid semasa majlis bersama media di Shah Alam, semalam.

Beliau juga mengumumkan bahawa Badrul Amin Baharon akan dinamakan sebagai ketua penerangan baru kerajaan negeri.

Sementara itu, Nik Nazmi dalam ucapannya menafikan wujudnya pergeseran antara beliau dan Khalid.

“Saya menganggap beliau seperti bapa saya sendiri,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS