Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  petang ini menuntut supaya kerajaan memansuhkan lesen judi sukan.

Hanya lima orang dibenarkan masuk pada kira-kirajam 3.15 petang ini, termasuk presiden GMJ, Azmi Abdul Hamid dan setiausaha GMJ,  Suhaizan Kaiat.

NONE Turut sama ialah naib presiden Dewan Perhimpunan Cina (Selangor dan KL) Ser Choon Ing dan Goh King Seng dari Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG - sebuah NGO Cina.

Seorang lagi ialah Lee Ban Chen dari Budayawan Bertindak.

Bercakap kepada media kira-kira 15 minit selepas itu, Azmi berkata memorandum itu diterima oleh wakil perdana menteri Nasrul Hakim Jamaludin, yang merupakan penolong setiausaha di jabatan berkenaan.

"Kami nyatakan (kepada beliau) bahawa memorandum ini disampaikan oleh semua NGO berbilang kaum dan berbilang bangsa, berbilang agama.

"Semua bangsa melihat judi sebagai satu musibah dan perkara negatif kepada masyarakat.

"Wakil-wakil yang datang daripada kaum Cina, kaum India menyatakan bukan judi sukan saja yang ditolak," katanya.

Tambahnya, bantahan daripada semua kaum bahawa judi juga ditegah untuk orang bukan Islam.

Katanya lagi, memorandum itu juga akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam perhimpunan yang akan dianjurkan GMJ pada 3 Julai nanti.

Dalam memorandum tersebut, yang disokong lebih 40 NGO, GMJ menuntut supaya kelulusan lesen judi sukan yang diumumkan oleh Dr Awang Adek Hussin pada 6 Mei lalu dibatalkan.

Ia juga menuntut supaya lesen judi bagi premis yang menyalaguna lesen dengan menerima pertaruhan dalam acara sukan, ditarik balik.

Selain itu, GMJ menuntut supaya kerajaan menyebarkan kesedaran mengenai bahaya dan akibat judi seperti yang dilakukan dalam kempen anti-merokok dan anti-dadah.

GMJ juga mah premis judi sedia ada, termasuk judi melalui Internet dan melalui telefon bimbit, juga perlu dipantau bagi memastikan sukan judi dibendung.

Sebelum ini, Suhaizan memberitahu Malaysiakini bahawa GMJ akan mengemukakan permohonan bagi mendapatkan permit polis esok untuk berkumpul di tiga lokasi di ibu negara pada 3 Julai nanti

"Permit itu adalah untuk berkumpul dan berarak," kata beliau yang akan mengemukakan permohonan itu di IPK Kuala Lumpur.

 

ADS