Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Lima pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (RMC) yang ditahan berhubung kes kematian seorang pelajar tingkatan empat maktab itu awal pagi semalam, dikenakan tahanan reman selama tujuh hari.

M azlan enurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Abdul Rahim Hamzah Othman, polis hari ini mendapat perintah tahanan reman ke atas lima orang pelajar senior maktab tersebut, yang kini ditahan di Balai Polis Sungai Besi bagi siasatan.

Kelima-lima pelajar itu ditahan petang semalam bagi membantu siasatan kes kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri yang dipercayai akibat dibuli dan didera.

Abdul Rahim Hamzah sebelum ini berkata  lima pelajar senior itu diserahkan oleh pihak tentera kepada pihak polis jam 6.30 petang semalam.

Mohammad N NONE aim Mustaqim dilaporkan meninggal dunia antara jam 11.30 malam tadi dan 1.20 pagi semalam.

Laporan mengenai kejadian itu dibuat oleh pihak tentera di Balai Polis Sungai Besi pada jam 2 pagi semalam.

Dalam laporan itu, allahyaham pengsan dan kemudian dibawa ke hospital di dalam kem dan diberi pertolongan cemas CPR.

Kemudian apabila mangsa disahkan meninggal dunia, pihak tentra membuat laporan polis.

Jenazah pelajar malang itu kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) oleh anggota polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Abdul Samah Mat berkata kelima-lima pelajar yang berumur 17 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Provost Marshal dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan di hantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

   

NONE "Kami akan siasat sama ada mereka terlibat ataupun tidak dalam kes itu dan tempoh penahanan reman terhadap pelajar terbabit belum ditentukan," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini, lapor Bernama.

   

Abdul Samah berkata polis tidak menolak kemungkinan punca kematian Mohammad Naim Mustaqim adalah disebabkan buli.

   

"Lihat daripada segi luaran anggota badan mangsa tidak terdapat sebarang luka...bagaimanapun kita akan tunggu keputusan bedah siasat daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk tindakan susulan," katanya.

   

rmc death mohamad naim Abdul Samah berkata dalam tahun ini kejadian sedemikian pertama kali berlaku namun terdapat laporan pergaduhan yang melibatkan institut pengajian tinggi di Kuala Lumpur sebelum ini.

Bagaimanapun tiada laporan diterima oleh polis daripada keluarga mangsa yang berasal dari Baling.

   

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian, katanya.

ADS