Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB Selangor sangkal desas-desus kudeta
Diterbitkan:  Jun 25, 2010 5:15 PM
Dikemaskini: Jun 26, 2010 1:06 AM

Desas-desus 15 ali parlimen PKR cuba menggulingkan menteri bear Selangor disangkal sendiri oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini.

TV Selangor

melaporkan, Khalid selepas majlis penyampaian geran tanah di Kuala Selangor hari ini, berkata perkara tersebut tidak dalam pengetahuannya.

save tian chua dinner 200610 khalid ibrahim 02 "Saya tidak tahu," ujarnya.

Ditanya sekiranya wakil rakyat terbabit terus mendesak dengan menghantar memorandum, Khalid berkata beliau bersikap terbuka dan akan menerimanya.

"Saya akan terima dan baca," katanya selepas menyerahkan geran hak milik tanah kepada 44 penduduk Kampung Sungai Yu.

"Saya tidak menerima apa-apa daripada delegasi terbabit, jadi itu boleh jadi spekulasi sahaja," katanya.

Semalam, naib presiden PKR Azmin Ali mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tetapi menafikan tindakannya ada kaitan dengan pergeseran antaranya dengan Khalid.

"Dalam surat itu, saya tidak menyatakan apakah sebab saya meletak jawatan dan ia juga tidak berkaitan dengan pemilihan PKR pada hujung tahun ini,” katanya.

azlan Pada sidang media itu Azmin yang diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.

Namun katanya, beliau bukan seorang daripada mereka.

"Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR,” katanya.

Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir.

NONE Ahli parlimen Gombak itu dikatakan meletakkan jawatan sebagai tanda protes terhadap pelantikan Faekah Husin sebagai setiausaha politik Khalid yang baru kerana pelantikan itu dibuat tanpa meminta nasihat daripada para pemimpin PKR yang lain.

Faekah pernah bertugas sebagai setiausaha politik kepada presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Azmin juga pada masa lalu pernah secara terbuka menyerang kepimpinan Khalid yang disifatkannya sebagai tidak cekap dan angkuh.

ADS