Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengarang akhbar Suara Keadilan akan bertemu dengan jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri pada Isnin ini berhubung pembaharuan permit penerbitan akhbar tersebut.

NONE Pertemuan itu akan dipengerusikan oleh ketua setiausaha KDN Datuk Seri Mahmood Adam ( kiri ) di bangunan kementerian itu di Putrajaya.

Difahamkan, permit tahunan bagi penerbitan akhbar berkenaan akan tamat pada penghujung bulan ini.

Suara Keadilan dipercayai akan berdepan masalah untuk memperbaharui permit berkenaan kali ini.

Ketika dihubungi, ketua pengarangnya Dzulkarnain Taib berkata beliau percaya KDN mahu menemui Suara Keadilan kerana "berasa tertekan" oleh Umno.

"Kami terus dipanggil oleh KDN semalam selepas Felda mahu saman kami.

suara keadilan editor investigated 060110 dzulkarnain taib right and ranjit singh "KDN telefon kami dalam tempoh dua jam selepas sidang akhbar oleh (ketua penerangan Umno Datuk) Ahmad Maslan (semalam)," katanya lagi.

Tambahnya, beliau ditekan supaya datang ke KDN pada hari itu juga.

"Tapi saya kata tak bolehlah, sebab saya sibuk dengan urusan editorial.

"Kalau saya pergi tanpa sempat berbincang dengan peguam, saya khuatir kita tidak dapat berbincang dengan baik (dalam pertemuan itu).

Tam suara keadilan 100210 bala implicate nasir bah Dzulkarnain ( atas, kanan ), beliau akan hadir dengan ditemani seorang peguam ke pertemuan itu, pada jam 5.30 petang.

"Kita akan beri kerjasama sepenuhnya," katanya lagi.

Semalam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) akan menyaman Suara Keadilan dan beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan laporan "fitnah yang berniat jahat".

Menurut ketua penerangan Umno itu tuduhan yang dibuat dalam edisi terbaru akhbar itu, terutamanya di muka depannya dengan tajuk 'Felda Bankrap' adalah keterlaluan.

NONE "(Akhbar) ini digantung di mana-mana. (Tajuknya) 'Felda Bankrap', titik. Bukan tanda soal. Kalau (mereka) sebut mungkin bankrap, lain sikit," katanya yang bertanggungjawab membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam hal ehwal FELDA.

"Fitnah, fitnah, fitnah dan fitnah (semua itu). Perkara ini tidak boleh dibiarkan berleluasa. Ia mesti dihentikan."

ADS