Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pemuda PKR Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata kesukaran dalam menerima arahan mungkin akan berlaku sekiranya terdapat dua ketua dalam sebuah parti.

"Sebagai contoh, dalam sebuah kapal ada dua nakhoda yang perlu dipatuhi," jelasnya yang juga naib ketua pergerakan itu.

azlan Sehubungan itu, tambahnya, perkara tersebut perlu diambil perhatian kerana amalan itu tidak pernah berlaku dalam mana-mana parti di negara ini.

Khairul Anuar berkata, jika kebimbangan itu tidak diambil berat, kemungkinan akan timbul masalah seperti tidak menghormati menteri besar.

“Harap tidak timbul pertindihan, perpecahan dan menteri besar (akhirnya) hilang perintah sebagai ketua esekutif,” katanya lagi.

Semalam Azmin dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Khalid berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam.

Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.

'ADUN, MP jangan ugut'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Khairul dilihat menyatakan sokongan tidak langsung kepada Khalid apabila mempertahankan bekas tokoh korporat itu mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam mentadbir kerajaan negeri Selangor.

"Keikhlasannya orang nampak, seperti tidak rasuah, tidak ambil tanah orang.

NONE "Orang politik nak (tanah) pun Tan Sri (Abdul Khalid) tidak bagi," jelas Khairul, seorang bekas aktivis pelajar.

Bagaimanapun, beliau bersangka baik dengan lantikan Azmin sebagai peneraju baru PKR negeri itu.

"Secara ideal kita lihat Azmin uruskan organisasi, (manakala) Tan Sri uruskan kerajaan negeri dengan imejnya yang bersih," katanya.

“Harap tidak timbul pertindihan, perpecahan dan menteri besar (akhirnya) hilang perintah sebagai ketua esekutif,” katanya lagi.

Tidak menamakan mana-mana pihak secara langsung, Khairul berharap tiada wakil rakyat PKR yang menghantar isyarat yang salah kepada rakyat dengan cuba "mengungut" Khalid.

"Mesti sekat perkara-perkara macam ini. Harap tak timbul," katanya lagi yang dilihat antara penyokong kuat Abdul Khalid di negeri itu.

ADS