Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Gabungan NGO Melayu - Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK ) - akan mengadakan menganjurkan pula forum berhubung isu hak Melayu, dan berharap lebih ramai menghadirinya berbanding perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu dua minggu lalu.

GERTAK  mengharapkan 5,000 orang menghadiri perhimpunan 'Melayu Bangkit' itu tetapi hanya 1,000 yang hadir.

NONE Berikutan itu, presiden Gertak, Razali Idris berkata, kali ini pihaknya mensasarkan kira-kira 500 orang menghadiri forum tersebut.

Menurutnya, ramai yang berkata mereka takut menghadiri perhimpunan 'Melayu Bangkit' kerana laporan negatif pihak media mengenai rancangan awal Gertak untuk mengadakannya pada 13 Mei - tarikh berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

"Kita juga tidak beri sebarang insentif seperti duit minyak dan baju-T. Bahkan kami tidak sediakan makan tengahari. Mungkin itulah sebabnya orang tidak mahu datang," katanya kepada Malaysiakini .

Razali berkata forum yang dijadual diadakan di Terengganu hujung bulan Oktober, akan membincangkan enam topik, iaitu agama, Raja-Raja Melayu, isu sosial, politik, pendidikan dan ekonomi.

Forum ini juga dijangka membariskan ahli panel terkemuka termasuk bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam; mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; bekas presiden Bursa Malaysia, Datuk Muhammad Salleh Majid, dan Profesor Diraja Ungku Aziz.

NONE Selain itu, beberapa ahli panel lagi ialah kolumnis Utusan Malaysia dan pensyarah kanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Ridhuan Tee Abdullah (kanan). Tee dikritik oleh banyak pihak sebagai 'rasis' dan 'tidak sensitif' terhadap bukan Melayu.

"Beliau seorang Cina, dan beliau juga seorang Muslim Mungkin beliau dapat memberi pemahaman mengenai kaum Cina. Kami juga ingin tahu mengapa, meskipun banyak kemajuan dan faedah diberikan kepada orang Melayu, kita masih mengalami sebahagian besar kes penyakit sosial," kata Razali.

[Baca berita penuh]

ADS