Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM soalsiasat dua ADUN S'gor
Diterbitkan:  Jul 1, 2010 4:30 PM
Dikemaskini: 11:54 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memanggil dua orang ADUN dari Selangor untuk disoal siasat.

Mereka ialah ADUN Batu Caves, Amirudin Shari dan ADUN Sri Muda, Shuhami Shafie - kedua-duanya dari PKR.

Amiruddin dan Shuhami tiba di ibupejabat SPRM di Putrajaya pada jam 3 petang tadi.

Mereka turut ditemani peguam masing-masing serta kira-kira 30 orang penyokong.

Tidak diketahui sama ada mereka disoal siasat atas sebarang kesalahan.

Exco kerajaan Selangor, Yaakob Sapari yang hadir di luar ibupejabat SPRM, memberitahu wartawan bahawa dia mengesyaki siasatan tersebut berkaitan dengan operasi haram melombong pasir di negeri itu.

Katanya, dua ADUN tersebut tidak bersalah dan mereka menjadi mangsa kempen untuk memburuk-burukkan kerajaan Selangor.

[Baca berita penuh]

 

ADS