Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suara Keadilan disaman RM200 juta, PKR tak layan

Felda hari ini menuntut ganti rugi sebanyak RM200 juta terhadap akhbar Suara Keadilan dan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari berhubung penyiaran artikel "Felda bankrap" oleh akhbar berkenaan.

Timbalan Ment NONE eri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata notis tuntutan saman fitnah itu sudah dihantar kepada PKR sebagai pemilik, Syarikat Pelita Koridor Sdn Bhd sebagai penerbit dan Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai pencetak, hari ini.

“Notis itu antara lain menuntut pampasan bagi kerosakan reputasi ke atas Felda yang didakwa bankrap oleh Suara Keadilan dalam akhbar itu yang bertarikh 22 hingga 29 Jun dengan tajuk ‘Felda Bankrap’,” katanya.

Notis tuntutan itu difailkan menerusi syarikat guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak.

"Pihak berkenaan diberi masa tujuh hari untuk membayar ganti rugi berkenaan dan membuat permohonan maaf kepada Felda," katanya.

PKR tak layan

Sementara itu, naib presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkata parti itu tidak akan melayan tuntutan RM200 juta berkenaan dan tidak akan memohon maaf kepada Felda.

NONE Menurut Sivarasa, pihaknya bersedia ke mahkamah bagi mengemukakan segala bukti terhadap pendedahan yang dilakukan itu.

"Pendirian kita jelas, memang kita tidak akan layan dan kita akan jawab di mahkamah," katanya yang juga ahli parlimen Subang, di lobi Parlimen hari ini.

"Kalau mereka ingin membawa kes itu ke mahkamah kita alu-alukan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuntutan ganti rugi Felda terhadap PKR dan Syarikat Pelita Koridor Sdn Bhd sebagai penerbit serta Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd.

"Berhubung perkataan ‘bankrap’, maksud kita jelas bahawa penyelewengan berlaku sehingga menjejaskan kewangan Felda," katanya.

ADS