Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Meskipun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan tidak menghantar pegawainya ke London untuk mewawancara  P Balasubramaniam, namun peguam dan penyiasat persendirian itu bertekad untuk berada di tempat yang ditentukan minggu depan.  

azlan Mereka masih lagi berharap SPRM yang seringkali mengubah pendirian akan menarik balik keputusan mereka pada Rabu lalu dan bertemu dengan mereka bagi merakamkan kenyataan Balasubramaniam.  

Balasubramaniam dan peguamnya Amarjit Singh kini di London selepas bertolak dari satu lokasi yang dirahsiakan. Mereka akan bertemu dengan peguamnya yang lain - Manjeet Singh Dhillon sudah berada di sana sementara Americk Singh Sidhu berlepas ke sana semalam.  

Americk menerusi sepucuk suratnya kepada SPRM berkata beliau, kecewa terhadap pembatalan wawancara itu yang telah dijadualkan pada Isnin dan Selasa ini dan suruhanjaya itu gagal memaklumkan kepada mereka secara rasmi.

"Kami telah menghabiskan banyak masa, tenaga dan perbelanjaan untuk membantu SPRM dalam mengaturkan temubual tersebut," katanya.  

Rabu lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull mengumumkan pembatalan tiga pegawainya ke London bagi merakamkan kenyataan Balasubramaniam.   

Sebelum itu pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali telah memberikan jaminanya bahawa mereka bersetuju mewawancara penyiasat persendirian itu. 

[Baca berita penuh]

ADS