Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil semula ADUN PKR, Shuhaimi Shafie hari ini berhubung siasatan kontroversi perlombongan pasir secara haram di negeri itu.

Menurut peguamnya Shamsul Iskandar Mohd Akin, pelanggannya itu disoalsiasat selama tiga jam setengah oleh pegawai penyiasat Suhaanuar Mohamad.

"Ini adalah sambungan soalsiasat minggu lalu," tambahnya.

NONE ADUN Seri Muda itu disoalsiasat minggu lalu - juga selama tiga jam setengah. Turut disoalsiasat minggu lalu ialah ADUN Batu Caves Amiruddin Shaari.

Walaupun tidak mendedahkan butiran soalsiasat tersebut, tetapi Shamsul berkata, pegawai penyiasat berkenaan menumpukan kepada lapan isu.

Berdasarkan itu, beliau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa siasatan tersebut bermaksud untuk mengaitkan Shuhaimi dan Amiruddin dengan kes melombong pasir di Selangor.

Bagaimanapun, Shamsul yakin SPRM tidak akan menemui sebarang bukti salahlaku terhadap mereka.

“Selepas selesai sesi soala jawab, saya boleh menyimpulkan bahawa tiada elemen untuk mengaitkan pelanggan saya dengan perbuatan rasuah," katanya.

Beliau berkata, pegawai berkenaan memberitahu mereka yang suruhanjaya tersebut telah selesai menyoalsiasat Shuhaimi dan Amiruddin.

“Tetapi kita diberitahu bahawa kedua-duanya mungkin dipanggil lagi jika ada keperluan. Kita akan memberi kerjasama penuh dan berterima kasih kepada pegawai SPRM di atas sikap profesionalisme mereka," tambahnya.

 

 
ADS