Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PI Bala, Raja Petra antara 'Friends for Pakatan'

Pakatan rakyat semalam menubuhkan kelab Friends for Pakatan Rakyat (FoPR) di London bagi menghadapi BN pada pilihan raya umum ke-13 yang bertiup kencang akan diadakan tidak lama lagi.

Peng NONE erusi, FoPR, Brain Morais berkata beliau meramalkan antara 20,000-30,000 rakyat Malaysia yang menghuni di kota London akan menyertai kelab itu dan dengan menyalurkan  sokongan dan sumber secara sistematik kepada Pakatan pada pilihan raya umum akan datang.

Bagi upacara perasmian, beberapa pemimpin Pakatan diterbangkan khas. Mereka termasuk ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim, bendahari PAS, Hatta Ramli, naib presiden DAP, Dr Tan Seng Giaw dan ahli parlimen Nurul Izzah Anwar.

Forum lima jam itu juga disusuli ucapan yang menyentuh pelbagai masalah yang melanda Malaysia sekarang ini.

NONE Zaid memulakan ucapannya dengan menyentuh pengharaman buku kartun oleh Zulkiflee Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar, dan usaha melabelkannya sebagai penjenayah hanya semata-mata beliau berjumpa dengan blogger Raja Petra Kamarudin di Manchester.

"(BN) dalam keadaan panik sekarang, mereka melihat musuh di mana-mana,” kata Zaihd yang begitu yakin Putrajaya akan tumbang kepada Pakatan.

[Baca berita penuh]

ADS