Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mustapa: Umno bukan parti puja pemimpin
Diterbitkan:  Jul 6, 2010 12:56 PM
Dikemaskini: 5:01 AM

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata Umno bukan sebuah parti primadona yang berkonsepkan pemujaan terhadap seseorang pemimpin tetapi berjuang atas dasar parti dan masa depan bangsa Melayu.

najib mahathir pak lah umno 2009 agm final day 280309 0 Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata parti yang berjuang atas dasar pemujaan terhadap seseorang pemimpin tidak akan kekal lama.

"Malah, ia akan mudah hilang pengaruh apabila tiba masanya menyebabkan anggotanya berpaling tadah kepada Umno atau Barisan Nasional (BN)," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Umno empat peringkat di Kompleks Umno Bukit Nangka, dekat Jeli, malam semalam.

Mustapa yang juga Ketua Umno Bahagian Jeli, berkata gabungan parti dalam pakatan pembangkang, seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP adalah rapuh dan bukan ikatan yang kuat.

"Tetapi oleh kerana rakyat terlalu terpengaruh dengan emosi politik ketika itu (pilihan raya umnum 2008) menyebabkan rakyat menolak Umno atau BN.

"Tetapi kini keadaan ternyata berubah apabila ramai pemimpin atau wakil rakyat daripada parti pakatan pembangkang itu mula berpaling tadah dan hilang kepercayaan dengan pemimpin tertinggi mereka," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS