Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Tinggi Petaling Jaya bersetuju mengurangkan ikat jamin seorang sarjan tentera udara N Tharmendran kepada RM50,000 dengan seorang penjamin.

Hakim azlan Su Geok Yian memerintahkan Tharmendran menyerahkan pasport antarabangsanya bagi memastikan beliau selamat hadir ke mahkamah.

Tharmendran didakwa bersama Rajandran Prasad Kusy atas kehilangan dua enjin jet F-5E di pengkalan tentera udara Subang pada suatu masa pada Disember 2007.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan beliau bole dipenjarakan sehingga 10 tahun.

Beliau juga menghadapi pertuduhan bawah Sekysen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan pegawai kanan tentera udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop dalam kecurian enjin daripada pengkalan tentera udara Sungai Besi.

NONE Menurut hakim, selepas mempertimbangkan penghujahan dan affidavit, beliau mendapati bahawa permohonan Tharmendran mempunyai merit.

"Beliau adalah pegawai kerajaan dengan gaji kasar RM3,500, (dan mempunyai) empat tanggungan. Dengan tanggungan itu, beliau tidak mungkin melarikan diri," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS